telah lama ku pendam rindu dalam diamku..
menantikan ucapan mesra darimu..
hingga kini kau membisu seribu kata..
mata bertentang mata..
oh ku gelisah..
kini kau berjauhan..
seribu perjalanan..
hati merintih sedih..
tiada berair mata..
kian ingin kau kulupakan..
kian kau ku rindui..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
hidupku kian hampa..
semenjak perpisahan..
hilang tanpa berita..
rindu padamu jua..
di mana ku cari ganti..
serupa denganmu..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
telah bertahun lama..
kau ku rindukan..
me..lydia..21-11-2007..3.30pm..pahang..malaysia..
Saya memang meminati bidang sastera semenjak zaman persekolahan..Sehinggakan saya pernah memilih untuk berada di kelas sastera ketika di tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, namun begitu keinginan saya tidak tercapai..Buku-buku bacaan yang ada dalam koleksi saya sememangnya banyak yang menjurus kepada kesusasteraan..puisi dan juga novel2 yang bahasanya berbunga-bunga(mengikut kata kwn2 sy)..Tapi itu memang dah minat saya..Namun begitu..apabila saya memasuki MRSM Kota Putra...saya dah kurang membaca bahan2 sebegitu..minat masih ada, tapi kerana dah memasuki aliran sains..sy terpaksa lebihkan buku2 sains..kemudian apabila saya masuk ke alam kampus saya semakin sibuk dengan pelajaran saya..walaupun saya masih juga membaca buku2 sastera..namun begitu apa yang pasti saya dah meninggalkan minat saya dalam bidang penulisan..saya sudah tidak lagi menulis sajak dan puisi yang saya gemari..tambahan belajar di dalam bidang kejuruteraan membuatkan saya tidak perlu menulis artikel yang panjang lebar..assignment pun tidak memerlukan ayat yang berjela-jela dengan lenggok bahasa yang betul..sehingga saya tamat pengajian dan bekerja sekarang..sesekali mmg ada juga saya menulis sajak...tapi saya rasakan otak saya semakin beku kerana sudah lama tidak menulis...dan baru2 ini saya telah mendaftar untuk melanjutkan study saya secara jarak jauh..kerana sayangkan kerja, saya bercadang belajar secara pjj..disebabkan saya memang bekerja di sektor awam..maka saya mengambil keputusan untuk mempelajari bidang tersebut..pengurusan awam...so...apabila menerima assignment pertama saya..saya begitu terperanjat dan termenung seketika..saya perlu membuat ulasan jurnal..sy mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan ulasan yang hanya memerlukan 5 muka surat tersebut..kalau dulu saya boleh menulis sesuatu artikel yang lebih kurang sama denagn apa yang saya buat sekarang dalam masa 2 hari...mungkin kerana terlalu lama meninggalkan bidang yang saya minati ini menyebabkan saya sukar mencari idea untuk menulis..dan mulai sekarang..saya perlu menulis dan menulis..kerana saya telah menceburi bidang yang banyak memerlukan saya menulis..but..setelah assignment saya yang pertama siap..saya begitu excited kerana saya begitu puashati dgn hasil kerja saya :)

me..lydia..14-11-07...9.20 am..pahang..malaysia...
Setinggi seluas gunung dan lautan...
Sejuta harapan dipertaruhkan..
Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan...

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam..
Di dalam keberanian terusik jua perasaan..
Tiada hentinya memanjangkan doa..
Semoga jiwa ini terus tabah..
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara..
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa...


Tak rela kuturutkan hati..
Menyesali apa terjadi..
Andainya begitu suratan yang tertulis di azali..
Biarlah walaupun ku sepi..
Sedih pedih dikhianati..
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini..

Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan..

lydia...4.33pm..malaysia..pahang...