Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua rakan-rakan terutamanya yang beragama Islam..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas hendaknya..marilah kita semua berhijrah untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang..untuk diri sendiri saya mengharapkan dikurniakan Allah kesihatan, rezeki, serta kemudahan untuk saya dalam menimba ilmu serta semoga saya akan lebih menambahbaikkan amalan seharian saya hendaknya..Apapun setiap niat yang baik pasti akan dipermudahkan Allah hendaknya..:)
~By the token of time (through the ages) Verily man is in loss, Except such as have faith, and do righteous deeds, and (join together) in mutual teaching of Truth and of Patience and Constancy~
~Al-Quran (Verse 103:1-3)~
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya sangat sibuk semenjak beberapa minggu yang lepas..menyiapkan assignment, kerja, dan juga study untuk exam mid term....exam mid term dah lepas, assignment dah hantar, tinggal sikit je lagi...so..hari ni baru ada masa nak update blog..kali ni saya ingin berbicara tentang cinta..chewah..

Mencintai dan dicintai...Kedua2nya memberikan makna yang mendalam bagi orang yang mengalaminya..kedua2nya memberikan perasaan yang berbeza kepada orang yang merasainya..Kata orang kalau hendak bercinta, pilihlah orang yang mencintai kita lebih dari kita mencintainya..pada saya perkara ini ada benarnya..tapi itu bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan ditinggalkan oleh orang yang betul-betul menyayangi kita..

For me, apabila kita meletakkan hati kepada seseorang, kita juga harus bersedia untuk dia melukakan hati kita..kenapa begitu ya..kerana perpisahan itu boleh terjadi dengan pelbagai sebab dan cara, juga pada bila-bila masa sahaja..hati manusia ni sekelip mata je boleh berubah...kalau bukan hati kita yang berubah, mungkin pasangan kita yang akan berubah..so rasanya bila dah bercinta tu, memanglah kita mungkin akan menempuhi perpisahan..tapi ada juga yang berjaya bersama hingga ke akhir hayat..

Di dalam percintaan juga seharusnya tiada paksaan.. Saya rasa cinta yang wujud akibat paksaan ini tidak akan kekal lama..Samaada kita memaksa hati untuk menyayangi orang lain ataupun memaksa orang lain untuk menyayangi kita..Pada saya, jika sememangnya tidak wujud rasa sayang kita pada seseorang, lebih baik berterus-terang...dari membiarkan masa berlalu, lebih baik rasanya semua tu diluahkan secepat mungkin..semakin lama kita mengambil masa untuk berterus-terang, semakin dalam luka orang yang dikecewakan nanti..

Saya menulis di atas pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling...walau bagaimanapun pengalaman yang kita semua rasakan, semuanya itu mengajar kita menjadi lebih matang lagi..apapun cinta yang paling utama pastinya kepada Allah S.W.T..namun begitu, sudah lumrah dunia, setiap insan yang bernyawa pastinya inginkan seseorang di sisi mereka..walau sedalam manapun luka yang pernah dirasakan, pasti akan tiba saatnya luka itu disembuhkan oleh pasangan yang telah diciptakan untuk kita..semoga setiap seorang dari kita akan terus berbahagia dengan rasa cinta yang mendalam untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..dan juga semoga kekecewaan hari ini akan memberikan kebahagiaan untuk hari esok..

me..lydia..pahang..malaysia..


Teguh - Search


Segalanya sudah bermula
Ku hanyut dalam arus dunia
Hanya kerna pengertian
Engkau menanti
Terlupa janji-janji indah
Bila hidup semakin berubah
Mengejar kekayaan
Kau kutinggalkan
Maaf sayang, oh sayang
Kelam hatiku ini
Bila bersama kita sengsara
Tanpa harta
Oh sayang, oh sayang
Tergoda jiwaku ini
Pada tipu perdaya yang menanti
Hinggakan luntur wajah kasihmu
Di wajahku
Menduakanmu kau tersiksa
Menahan perit dalam setia
Engkau menghitung segala hari
Tanpa benci dan sakit hati
Betapa teguh
Bergetar bibir memanggilku
Kekayaan akan hilang
Biar bertahun dikumpulkan
Perjalanan ini amat jauh
Untuk mencari cinta
Kekesalan yang kurasa
Memaksa aku kembali
Memohon belas darimu
Andai ada kasihmu
Engkau hukumlah aku menanti
Dengan relanya kutanggung semua
Berikan aku
Rahsia keteguhan cintamu ( 2X )
me..lydia..pahang..malaysia..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Alhamdulillah..saya sempat menyaksikan fenomena yang unik ini di depan mata saya sendiri..Subhanallah..memang cantik..nampak macam bulan tu senyum kat kita..Besarnya Kekuasaan Allah S.W.T..gambar ni saya ambil dari dalam akhbar Berita Harian..masa tengok tu cuba gak ambil gambar..tapi x berapa clear mcm gambar ni..cantik sgt..xdapat digambarkan rasanya..kalau ikutkan keterangan dlm akhbar tu..bintang yg di atas bulan tersebut adalah Planet Musytari dan Zuhrah..Kejadian ni berlaku 5 tahun sekali..so 5 tahun dari sekarang InsyaAllah kalau masih ada bolehlah tgk lagi..:)
me..lydia..pahang..malaysia..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya memohon kemaafan andainya coretan saya ini melukakan hati sesiapa...bukan untuk membanggakan diri saya..namun hanyalah untuk saling mengingati diri saya terutamanya dan juga teman-teman..Saya ingin memberikan satu situasi..begini..katakan ada sekumpulan wanita sedang berkumpul, seramai 6 orang..4 daripadanya adalah isteri orang sementara yang 2 lagi belum berkahwin..di satu sudut yang lain pula ada seorang lagi gadis sedang duduk di mejanya membuat kerja sendiri tanpa memperdulikan kumpulan perbincangan tersebut..ok..sekarang saya ingin menceritakan pula apa yang sedang diceritakan oleh kumpulan tersebut..mereka sedang bercerita mengenai cerita 18sx..rasanya anda semua faham apa yang saya nyatakan..bukan itu sahaja, isteri2 orang tersebut bercerita mengenai 'kisah hubungan' dengan suami mereka..gadis tersebut tidak masuk campur di dalam perbincangan mereka..oleh sebab itu si gadis dikatakan sombong dan tidak mahu bercampur..dan lebih teruk lagi...si gadis dikatakan sombong kerana belajar tinggi, dan tidak mahu bercampur dengan mereka...persoalan saya sekarang..apakah salah perkara yang dilakukan oleh gadis tersebut???apakah salah sekiranya gadis tersebut tidak ingin mendengar kisah2 alam rumahtangga yang diceritakan itu???sebenarnya apa yang saya ceritakan itu adalah kisah saya..dan inilah dilema yang sedang saya hadapi di tempat kerja saya sekarang..hanya kerana tidak mahu campur di dalam perkara2 sedemikian, saya dilabel dengan bermacam perkataan..saya sendiri tidak faham dan tidak tahu mana satu yang harus saya buat...pertahankan pendirian saya ataupun join mereka supaya tidak lagi dikatakan sombong..saya juga tidak mengerti mengapa isteri2 orang tersebut boleh bercerita mengenai kisah mereka sedangkan semua itu berdosa..apakah mereka tidak tahu ataupun sudah menjadi kebiasaannya mereka begitu??bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa..malahan saya juga sebenarnya kurang gemar untuk menyiarkan kisah sebegini di dalam blog saya ini..bukan juga nak menunjuk alim..sekadar meluahkan rasa hati kerana apa yang berlaku sebenarnya agak mengganggu kehidupan saya..mengganggu emosi saya..mencuit hati saya..ada hari2 nya saya menangis mengenangkan apa yang sedang berlaku..ada hari2 nya pula saya boleh bersikap seperti tiada apa yang berlaku..namun demikian, saya seorang wanita yang sangat beremosi..maka kadangkala saya tidak dapat berfikiran dengan matang dalam menghadapi semua ini...dipulaukan oleh rakan2 sekerja hanya kerana tidak mahu mendengar cerita2 yang tidak sepatutnya..namun demikian saya tahu...saya harus pertahankan pendirian saya..saya harus pekakkan sahaja telinga dan terus membuat kerja saya..kerana saya pasti ini hanyalah keadaan sementara sahaja..dan saya berdoa semoga Allah senatiasa memberikan hidayah untuk kita semua...Wallahuallam.. :) Oh ya..saya juga teringat petikan sajak yang saya ambil dari seorang rakan lama saya..memang mendalam maksudnya..

It takes courage

To refrain from gossip

When others delight in it,

To stand up for the absent person

Who is being abused.

p/s: semoga apabila saya menjadi seorang isteri nanti, saya akan dapat menjaga kehormatan
dan maruah saya dan suami saya..aminn...
me..lydia..pahang..malaysia..

Saya terjumpa satu artikel yang saya rasa meruntun jiwa saya ketika membacanya...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

me..lydia..pahang..malaysia..

Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kekuatan..
seperti mana telah Kau berikan...
kepada kekasih Mu yang Satu..
tika Beliau dihujani kebencian..

Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon...
berikan daku ketabahan hati dan perasaan..
sepertimana yang Dikau berikan...
kepada para wali Mu yang berjuang..
menyebarkan kebenaran...

Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kecekalan menahan sindiran..
sepertimana yang Dikau berikan..
kepada mereka yang sentiasa tersenyum dalam kepahitan...

Dan tuhanku,
hanya kepada Mu ku bermohon...
Kau berikan daku kekuatan, ketabahan dan kecekalan...
dalam menempuhi hidup yang penuh ujian...

Juga ku merayu kepada Mu ya tuhanku..
moga daku bisa mengurangi gugurnya air mataku ini...
kerna menangisi nasib diri..
namun moga daku bisa menangisi...
akan kerdilnya diriku di sisi Mu..


me..lydia..pahang..malaysia..
Saya meminati muzik rock..samada slow rock..ataupun yg rancak..hampir kesemuanya saya suka layan..tapi sebagai wanita semestinya saya lebih gemarkan slow rock..so..sebab itu lah blog saya juga dinamakan sempena lagu kegemaran saya...it's my life dari Bon Jovi..:)
This ain't a song for the broken hearted
No silent prayer for the faith departed
I ain't gonna be just a face in the crowd
You're gonna hear my voice
When I shout it out loud
( chorus )
It's my lifeIt's now or never
I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just wanna live while I'm alive
It's my life
This is for the ones who stood their ground
For Tommy and Gina who never backed down
Tomorrow's getting harder make no mistake
Luck ain't even lucky
Got to make your own breaks
( chorus )
It's my live
And it's now or never
I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie said
I did it my way
I just want to live while I'm alive
'Cause it's my life
Better stand tall when they're calling you out
Don't bend, don't break, baby, don't back down
( chorus )
It's my life
And it's now or never
'Cause I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie saidI did it my way
I just want to live while I'm alive
( chorus )
It's my life
And it's now or never
'Cause I ain't gonna live forever
I just want to live while I'm alive
(It's my life)
My heart is like an open highway
Like Frankie saidI did it my way
I just want to live while I'm alive
'Cause it's my life !
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini..saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu mengenai majlis makan yang diadakan di unit kami..Dah lama sebenarnya saya nak menulis mengenai jamuan ini, tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa bersabar..Jamuan ini diadakan di unit hasil tempat saya bekerja..masa diadakan..dah lama dah..kalau tak salah pada minggu kedua raya..satay dan laksa ditaja oleh bos kami yang baik hati, manakala kuih-kuih raya dibawa oleh kami semua..xsangka lak banyak kuih raya yang terkumpul sampaikan penuh satu meja saya dengan kuih-kuih tersebut..disebabkan excited nak tulis pasal jamuan makan tu..so saya telah merakamkan seberapa banyak gambar untuk dimuatkan dalam blog ni..so..here we go..


gambar penulis sedang posing dekat meja yang penuh kuih raya.. :)

laksa kuah lemak..saya panggil laksa kuah putih..hehe...


satay yang best..nyam..nyam...


aneka jenis kuih raya..


Ini ialah BISKUT DALTIN..saje je promote sebab ramai gak yang xkenal biskut ni...


yang ni lak memang nak promote...kuih raya yang dibawa khas dari rumah penulis..hehehe..

akhir sekali..pencuci mulut...


opps...ada lagi..'anak-anakku' posing di pagi raya..tiada kaitan dengan cerita di atas..

yang ni pun nak menyelit gak..'anakku' yang baru berusia 2 bulan lebih..hehe...

hehe...itu dia cerita tentang jamuan makan2 tersebut...sekian, terima kasih..
me..lydia..pahang..malaysia..
* Bersin mampu mencecah kelajuan sehingga 100 batu per jam.

* Jam tangan yang pertama di cipta oleh Loius Cartier pada tahun 1904.

* Sesebuah lautan yang mempunyai kedalaman 6000 meter mempunyai risiko untuk
membentuk tsunami tanpa sebarang isyarat dengan kelajuan 800 km per jam.

* Permainan yoyo diperkenalkan oleh Donald F.Duncan pada tahun 1929, ianya diilhamkan
daripada senjata yang digunakan oleh golongan pemburu di Filipina pada abad ke 16.

* Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria didalam
setitik air.

* Lagenda tinju dunia Muhammad Ali atau nama sebanar nya Cassius Clay pernah beraksi di
Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1 Julai 1975 menentang juara eropah Joe Bugner buat
pertama kali nya.

* Terdapat 20,000 jenih lebah, tetapi hanya 4 spesis daripadanya yang menghasilkan madu.

* Secara purata nya lalat terbang pada kelajuan 4 batu sejam.

* Gunting yang kita gunakan pada hari ini adalah ciptaan Leonardo Da Vinci.

* Pasangan adik-beradik, Razif dan Jailani Sidek merupakn pemenang pingat Olimpik pertama
negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada tahun 1992 di Barcelona.

* World Cup 1930 diadakan di Uruguay, negara tersebut dinobatkan sebagai juara apabila
berjaya menewaskan Argentina, 4-2 pada perlawanan akhir selepas ketinggalan 2-1 pada
separuh masa pertama.Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para
penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.

* Benda yang sentiasa dibawa oleh Napoleon semasa kempen ketenteraannya ialah
coklat.

* Aktiviti penulisan dan lukisan oleh Leonarda Da Vinci menggunakan tangan yang berbeza
untuk kedua-dua aktiviti tersebut serentak.

* Seekor gajah mampu menghidu bau buah yang masak ranum sejauh 20 kilometer.

* Semasa kematian Alexandar Graham Bell pada tahun 1922, perkhidmatan telefon bagi negara
Amerika dan Kanada telah dihentikan selama satu minit.

* Tiram boleh menggubah jantinanya sendiri bergantung kepada apa yang terbaik untuk proses
mengawan.
me..lydia..pahang..malaysia..
Sayang...
Di hari yang mulia ini...
Ku pohon keampunan..
Hanya satu yang ku pinta...
Pulanglah...
Termenung ku sendiri...
Memendam rindu tidak menentu...
Kasih suci murni yang kita bina...
Hapus hancur oleh kata fitnah...
Di pagi hari raya...
Hati sayu mengenang dirimu...
Mudahnya kau menggantikan diriku...
Seolah cintaku tak berharga...
Apakah suratan...
Aidilfitri satu titik akhir...
Sekian lama bercinta...
Kau tiada di hari mulia...
Keampunan ku pohon...
Sekiranya aku yang berdosa...
Pulanglah ku merindui mu sayang...
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )...
Pulanglah kepangkuan ku oh sayang...
Ku menunggu mu di hari raya.....
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba saya ucapkan untuk semua kawan2..mohon dihalalkan segalanya..mohon dimaafkan salah dan silap...semoga lebaran yang akan tiba ini membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kita semua hendaknya...Selamat Hari Raya semua!..oh ya..kalau rasa nak hulur2 duit raya tu amatlah di alu-alukan..hehe..:))





me..lydia..pahang..malaysia..

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
p/s..moga dikau mengerti.... :)
me..lydia..pahang..malaysia..




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
Saya mempunyai kekangan masa untuk mengupdate blog saya buat masa sekarang..terlalu banyak fail di atas meja yang harus disiapkan segera..so sekadar suka-suka saya mengupload gambar ini..gambar-gambar di atas adalah gambar kesemua rakan-rakan sekerja di dalam unit saya..bosnya...of course la yang seorang tu...yang di kelilingi oleh anak-anak2 buahnya itu..:)..Unit Hasil di sini memang mempunyai banyak bunga2...Baju batik berwarna hijau ni telah ditaja oleh bos kami yang baik hati tu..kerana setiap hari Khamis kakitangan awam kena pakai batik..so beliau mencadangkan untuk membuat baju unit untuk kami semua...so...terima je la..orang dah bagi free kan...
Hari ini juga sebenarnya saya mendapat result untuk semester kedua saya..dan ketika saya menulis entry ini saya masih berasa terkilan dengan result tersebut..walaupun saya sudah menjangkakan keputusannya sebelum ini..tapi apabila melihat sendiri saya masih berasa sedih...keputusan saya tidaklah seteruk mana...masih cukup menggembirakan parents saya...but..agak merosot dari sem satu...agaknya kerana sem satu saya dapat tinggi sangat..so sem ni rasa agak sedih kerana result saya drop...tapi memang sem lepas pun saya kurang mentelaah pelajaran saya...terlalu sibuk menguruskan program..terlalu sibuk dengan kerja..terlalu sibuk buat itu dan ini sehinggakan saya kurang masa...apapun saya tetap bersyukur kerana lulus semuanya...dan ada seorang rakan memberitahu saya..semua itu rezeki dari Allah..ya benar..saya telah berusaha apa yang termampu..dan seharusnya saya harus bersyukur di atas kurniaan tersebut...mm...lepas raya akan masuk sem baru..dengan subjek yang lebih mencabar...mmm...semoga semuanya lebih baik untuk masa akan datang untuk diri saya dan juga orang lain...
~Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain~
~Al-Hadith (Riwayat Al-Qudhi)~

me..lydia..pahang..malaysia..


5 Hadiah yang saya mahu dan kenapa mahu hadiah tersebut...

Assalamualaikum..selamat sejahtera semuanya...


Sekian lama saya memikirkan tentang tag daripada mala ni..huhu..seksa betull....serius saya tak tahu nak jawab apa la...for me..hadiah ni adalah pemberian daripada seseorang dan pada saya juga itu adalah hak pemberi untuk memberi apapun...jgn katak dah la...mm..apa ye yg saya nak..huhu.....

Hadiah 1
Kasut/Sandals & Handbag



Saya sukakan handbag dan juga kasut..huhu..so..kalau ada sapa2 rasa nk bagi saya hadiah, bolehla bagi handbag dan juga kasut..so far..koleksi kasut dan sandals saya memang banyakla..handbag tak berapa byk sgt..kasut/sandals...huhu..kalau saya nk beli lagi..abah dah sound suruh beli almari kasutnya skali...
Hadiah 2
Barang Kemas


Saya juga merupakan seorang wanita yang gemarkan barang kemas..huhu..bukanlah macam Mami Jarum tu...but..saya termasuk dalam golongan yang sukakan barang perhiasan tersebut..biasanya bila saya beli satu2 barang kemas, saya akan pakai sehinggalah putus..
Hadiah 3
Bunga


Saya sukakan bunga...rasanya semua wanita pun sukakan bunga kot...tak tahulah kalau ada yang xsuka bunga...saya memang suka sgt dgn bunga2 ni...especially bunga ros dan tulip...sebab bunga2 ni ada banyak warna..so..sapa2 nak bagi hadiah kat saya..bolehla bagi bunga yaaa....

Hadiah 4
Anak Patung

hoho...yang ni memang la peveret saya ni...mengalahkan anak2 sedara lak rasanya koleksi anak patung saya ni..ada pooh..spongebob..doraemon..wahahaa...memang suka sgtla dengan anak2 patung ni...

Hadiah 5
Buku

mmm...yang ni paling saya suka...kalau kawan2 nak bagi hadiah bagi la buku pada saya..xkira la novel ke..buku apa2 la..sy sukakan novel, buku puisi dan juga buku2 motivasi...so boleh la beli kan buku2 ni untuk saya sebagai hadiah yer...

That's it...fuh..punyalah lama nak berfikir kan...rasa nk gak fikir kan hadiah yang mahal2..tapi saya ni orangnya jenis yang bila duit kat tangan baru pegi tgk apa yang nak dibeli..xde target2..kalau rasa cantik terus beli...so..mmg sy xde target la sy nak apa buat masa sekarang..tapi barang2 di atas adalah antara kegemaran saya..:)

Sape Tag Saya
Cik Mala...

5 Impressi mengenai Beliau
1. peramah...smile always..
2. baik hati...
3. happy go lucky...
4. easy to get along...
5. caring..

Perkara Paling Memberkas Dia Pernah Lakukan
emmm...apa ek...xsure la..
Most Love Invention
mm...not yet..

What I despise so much
org yang suka menyibuk pasal orang lain sebabnya saya xsuka ambil tahu hal org lain..so..mind your own bussiness k....
5 Orang Yang Kena Tag
1. Kak Noor
2. Ima
3. Duezz
4. Auss
5. Kema

me..lydia..pahang..malaysia...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


wah..sedar tak sedar sebulan lebih saya tak update blog saya ni...apa dah jadi ni...bukan setakat tak update blog...malahan saya langsung tak berpeluang untuk menjenguk ke blog rakan2 yang lain..:(...huhu...sedihnya...


walaupun blog saya ni tidaklah seglamour mana..namun begitu ada jugak yang menanyakan saya kenapa sudah lama tak update...ahaak..terima kasih kepada yang bertanya..:)..huhu..so..apa yang menyebabkan saya tidak sempat untuk update blog ialah:


...saya terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat...
...saya terlalu sibuk dengan assignmen yang semakin mencabar...
...saya terlalu sibuk dengan Majlis Makan Malam Amal...

So..apa yang saya nak ceritakan di sini ialah...kesibukan dan keseronokan saya menguruskan satu majlis baru2 ini..kerana sibuk menguruskan majlis tersebut..maka sedikit sebanyak kegemaran saya terpaksa saya kurangkan buat sementara waktu..seperti kurang membaca novel..kurang main computer games..dan kurang menulis blog..oh ya...juga kurang melayan anak2 buah bermain..wah..anak buah pun pandai komplen...saya sayik tiada di rumah bila mereka datang..huhu..apa tidaknya...saya terlalu sibuk dengan kelas dan hampir setiap hujung minggu saya terpaksa ke kl untuk ke kelas dan juga ke majlis saya...

Sebagai pelajar PJJ di UUM...untuk semester kedua ini kami diwajibkan untuk mengadakan satu program yang berbentuk khidmat kemasyarakatan...so..setelah berbincang kami semua sepakat untuk mengadakan satu program yang dinamakan Majlis Makan Malam Amal "Cahaya Kasih Untukmu"...program ini dijalankan dengan cara mendapatkan sumbangan melalui jualan meja untuk majlis makan malam tersebut..Majlis Makan Malam tersebut pula dibuat untuk meraikan anak-anak yatim dan orang-orang tua..saya dilantik sebagai su dan saya merasakan cukup berat memikul tugas tersebut..but alhamdulillah..akhirnya setelah bersusah payah segala usaha kami berbaloi dengan terlaksananya majlis tersebut pada 13 Julai 2008 di Pusat Komuniti DBKL di mana kami merasakan cukup seronok dan bangga dengan majlis yang berlangsung cukup meriah itu..betapa program ini telah mengeratkan lagi hubungan sesama kami di dalam kelas...yang bestntya tu..siap masuk paper lagi..huhu..gila glamour betul...ada saya selitkan sekeping gambar daripada majlis tersebut di atas..
setelah habis Majlis Makan Malam tersebut..so kuranglah sikit bebanan tugas saya sekarng...cuma sibuk dengang tugas2 di pejabat sahaja..but...sekarang saya mulai sibuk untuk study..final exam akan menjelma pada 15-20 ogos 2008 ni..waa...busy lagikk...huhu...harap2 syaa dapat result yang baik untuk semester ini..Buat semua kawan2 sekelas...selamat study..huhu..chaiyok2...
p/s...kepada mala...belum berpeluang lagik nak jawab tag tu..xterfikir lagik la jawapannya..huhu...
~Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara itu ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)~
~Al-Hadith (Riwayat A-Baihaqi)~
me..lydia..pahang..malaysia..
Seandainya..
Perlu untukku menjelaskan..
Agar dikau mengerti segalanya..
Seandainya..
Dapat aku meluahkannya..
Agar dikau memahaminya..
Sesungguhnya..
Walau sukar untukku jelaskan..
Meski payah untuk kuluahkan...
Namun masihku mampu menyatakan..
Untuk merungkai segala persoalan..
Moga terjawab segala keresahan..
Dan seandainya..
Perlu untukku menghindarkan diri..
Perlu untukku menjauhkan hati..
Perlu untukku berikan ruang itu..
Akan ku penuhinya untukmu..
Kerna tiada yang lain daku ingini...
Hanya mengharapkan kebahagiaan dirimu..
Agar senyuman itu kembali milikmu...

me..lydia..pahang...malaysia..

The best of men are those who bring good to other people..
Al~Hadith(Narrated by Al-Qudhi)
me..lydia..pahang..malaysia..
Beberapa hari telah berlalu barulah saya dapat mencuri sedikit masa untuk manaip sesuatu mengenai ibu sempena Hari Ibu yang telah berlalu..saya sukakan satu sajak daripada Allahyarham Usman Awang..memang tersentuh hati membacanya..buat semua pembaca sekalian..hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada dan bahagiakan mereka selagi kita termampu untuk berbuat demikian..terfikir juga di dalam hati..agak2nya adakah anak2 yang sudah melupakan ibu bapa mereka dan tidak pulang menjenguk mereka di kampung tidak mempunyai perasaan?Janganlah kita semua termasuk di dalam golongan sedemikian hendaknya..

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalalm kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.


p/s..selamat hari ibu buat ibu tersayang dan juga semua ibu2 dan juga bakal2 ibu..khas untuk Kak Noor..Happy Mother's Day..mesti dah lain kan tahun ni sebab ada Insyirah.. :)

me..lydia..pahang..malaysia..
Name Tag: Lydia Binti Abdul Rani
Tagged by: Amelia Wong Binti Azman

The Rules :

1. Each blogger must post these rules first.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.

Huhu..entah kenapa lah malas sangat nak menulis sekarang ni..agaknya sebab banyak sangat kerja+assignment yang nak kene buat so rasa nak mengupdate blog tu teramatlah malas..sedar2..ada lak tag from my lovely sis ni..Insyirah's Ummi...hehe..for u Kak Noor(only me kot yang panggil nama ni...)..here they are..puas lak nak memikirkan jawapannya...
Fact 1..

This one is same with u kak Elly...i love cats a lot...right now...rasanya ada 11 ekor kot my cats...xpasti la jumlah yang tepat...pasalnya my cats semua abah dah letakkan di kebun sawit die..di mana terdapat pondok untuk mereka berteduh...and me as their 'mom' dah lama x ke kebun..cume membekalkan makanan yang secukupnya dan everyday my beloved abah akan hantar ke kebun die huhu...(cats kene pindah ke kebun sebab my whole family xsuke sgt dgn kucing2 ni..sedih..)

Fact 2..

Saya adalah seorang yang sangat bersifat keibuan..huhu...bukan promote diri..but..it's true..walaupun saya selalunya dikatakan garang oleh member2 yang lain...but..bile dgn budak2 kecik..mmg cair..sampaikan anak2 sedaraku yang berdua tu mmg xleh berenggang dengan saya..dah macam anak sendiri lak..
Fact 3..
Saya seorang yang gemar memasak..huhu..walaupun still xleh challence masakan mak...but byklah juga petua2 yang telah diturunkan kepadaku..kalau hari2 cuti dan seharian tidak bekerja...pasti ada aktiviti masakan yang akan diadakan..saya suka tgk rancangan memasak dan juga melayari website2 yang mengandungi pelbagai resepi..biasanya juri yang akan bagi komen dan juga markah terhadap hasil masakan saya adalah x lain x bukan my lovely dad..huhu..

Fact 4..
Saya tidak gemar memakan buah2an..boleh dikatakan hanya buah ciku yang saya suka makan..so..my parents biasanya xterkilan lah jika saya tiada di rumah ketika musim buah2an..saya juga tidak makan seafood..walaupun abah saya seorang nelayan..dan selalu bawa balik udang..ketam..etc..tetapi makanan2 tersebut hanya dijeling oleh mataku ini..satu2nya hidupan laut yang saya suka makan adalah ikan..boleh dikatakan semua jenis ikan..either ikan laut or ikan sungai..wah..teringat lak pada ikan toman...huhu..best..

Fact 5..

Lagi satu fact pasal makan...saya tidak gemar makan chocolate bar..bukan xmakan langsung but bukan my favourite la chocolate macam cadbury ke..but..i love makanan2 yang diperbuat dari chocolate..especially chocolate ice cream..yummy..my fav tu..chocolate cake..cookies..and etc yang mempunyai campuran chocolate di dalamnya..huhu..pelik sungguh seleraku ini...

Fact 6..

Saya suka menonton cerita kartun..especially doraemon and pingu..kartun2 yg comel2 la..mcm bob the builder ker..tom n jerry..pooh..saya suka baca komik2 kartun..tentunya doraemon..dan juga saya lebih suka membaca majalah kartun seperti UJANG daripada majalah2 hiburan...my mom selalu cakap..dah besar pun kalau tengok tv still mengadap kartun je..hehe..mmg selalunya tidak ketinggalan cerita kartun DORAEMON ku itu..

Fact 7..

Ketika saya tidur pasti tidak akan lengkap tanpa selimut..biasanya saya akan berselimut rapi..walaupun di tengahari..seringkali mak tersalah sangka ingatkan saya demam..but lama2 die perasanlah akan habit anak dara die yang seorang ni..memang kalau saya tidur wajib ada selimut!kalau tak susah sikit nak tido..

Fact 8..

I'm not very good in math and also art...saya lebih pandai dalam bidang sains dan bahasa..huhu...saya lebih gemarkan bahasa sastera yang berbunga2..sajak..and etc..dalam banyak2 koleksi novel saya pun masih ada juga buku2 sastera..saya juga sukakan bahan bacaan yang berunsurkan sejarah..memang suka sangat2..tak dapatlah dijelaskan sebab dan munasababnya..

That's it..8 facts..huhu..apesal macam banyak pasal makanan..whateverla..saya memang suka masak dan suka makan pun..rasa2 macam ada lagi tapi nak 8 je kan..so..ni la masa yang menyeronokkan...time mengenakan orang..tapi kan..selepas dicongak2 dan ditolak dan ditambah..ramai yang dah buat la tag ni..so hanyalah tinggal 2 orang je yg saya boleh tag..huhu...aci la ek kak elly..orang2 yang bertuah adalah:
1. Mala..
2. Ima..
Huhu..selamat menjawab...
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian...

Dah lama juga mendiamkan diri dari blog rupanya..seketika terdetik di hati untuk menulis berkaitan perkara ini..memandangkan pelbagai perkara yang sering terjadi di sekeliling, saya merasakan perlunya muhasabbah diri sendiri di dalam menjalani kehidupan seharian..

Sesungguhnya memang benar hidup ini diibaratkan seperti roda..sebentar kita di atas dan seketika pula kita akan berada di bawah..untuk itu kita mesti sering mengingatkan dan menginsafkan diri kita dengan setiap keadaan dan perbuatan yang sering kita lakukan..

Selalu kita mendengar cerita2 mengenai orang yang sering berada di tahap yang selesa di dalam kehidupan tetapi dalam sekelip mata juga boleh menjadi daif dan sebagainya..begitu juga kita sering terdengar mengenai orang2 yang miskin dan menjadi kaya dengan tiba2..di sini mengingatkan saya akan cerita Ahmad Albab olahan seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..kisah yang menunjukkan contoh mengenai perkara di atas di mana si miskin berubah menjadi kaya dengan tiba2..

Namun begitu segala sesuatu yang berlaku adalah qada' dan qadar-Nya..justeru itu kita sebagai umat Islam seharusnya redha dan tabah di atas segala ketentuan-Nya..sering kali kita merasakan bahawa kita tidak layak mendapat seperti apa yang ditetapkan kerana merasakan semua itu tidak berbaloi..namun sesungguhnya kita tidak mengetahui segala apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..maka dengan itu kita harus sentiasa redha dan sabar dia atas segala sesuatu..

Walau apapun yang sedang berlaku dan akan berlaku...kita sememangnya harus sedar dan akur dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh-Nya..Sebagai individu yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad kita memang harus sentiasa bersedia dengan segala dugaan dari tuhan pencpita alam..Akhir kata sesungguhnya Hidup Ini Umpama Roda..justeru itu kita harus senantiasa bersedia akan segala keadaan yang akan sentiasa berubah di dalam kehidupan kita samada perkara gembira yang bakal mendatang mahupun perkhabaran yang kurang baik akan menghampiri kita..wallahualam..


me..lydia..pahang..malaysia..

Seketika ketika merambu ke blog Mala..terasa nak copy la plak entri cik mala ni...sorry ye..xmintak izin lak dengan tuan punya...

What Lydia Means
You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.
You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.
You are powerful and competent, especially in the workplace.
People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.
me..lydia..pahang..malaysia..
Salah satu lagu kegemaran saya..kawan2 ckp saya ni jiwang..hehe..sebenarnya saya layan semua jenis muzik...asalkan melodi dan liriknya sedap didengar..dan sebenarnya my favourite music is rock..bila ckp saya suka rock..ramai lak yang kata xsesuai dengan saya..mm..maybe dipengaruhi oleh 3 orang abang...so semasa membesar saya lebih banyak mendengar lagu2 rock..especially kumpulan search, wings..dan kumpulan luar negara kegemaran saya..of course..scorpions..

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu


me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sekian lama rupanya saya tidak mengupdate blog saya..sememangnya kesibukan kerja menghalang saya untuk melakukan rutin tersebut..tambahan pula saya tidak mempunyai idea yang menarik untuk dikongsi kerana terlalu banyak perkara2 penting untuk difikirkan..ya..selepas trip ke pangkor dibatalkan...saya terus kembali fokus sepenuhnya pada kerja dan membuang mood cuti saya..nak buat macam mana kan..kita merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya..dan selepas 8 tahun tidak berjumpa dgn rakan2 seperjuangan ketika di kota putra dulu...nampaknya terpaksalah saya terus menunggu lagi..oh ya..kembali kepada topik di atas..saya sememangnya mempunyai masalah untuk mengecam suara..melainkan suara2 org yang biasa dengan saya..kebiasaan yang berlaku adalah saya tidak dapat mengenalpasti suara org yang bercakap dengan saya di telefon..selalu terjadi apabila rakan2 lama menghubungi saya dan suruh saya meneka siapakah mereka...akhirnya mereka sendiri yang terpaksa memperkenalkan diri mereka...dan selalunya tuduhan yang akan didengar oleh saya ialah saya telah melupakan mereka..bukan sudah lupa..tapi memang itu tidak boleh dielak..mungkin kerana sudah jarang bertemu membuatkan saya rasa sedikit asing kot dengan suara rakan2..hehe...dan yang agak peliknya pula bagi saya..kebanyakan rakan2 saya memang boleh mengecam suara saya..agaknya suara saya memang tidak pernah berubah kot..so..xdapatlah saya nak menyamar bile menelefon kawan2 saya...sebenarnya saya sedang mengantuk..dan seketika tadi bos saya menelefon dan bertanyakan rakan sekerja saya...saya pula yang tidak mengecam suara bos saya tersebut terus menyatakan bahawa rakan saya sedang berjumpa dengan beliau..hehe..dah kantoi lak nak cover member..maka disebabkan kejadian yang tak disangka itulah terkeluarnya entri ini..buat pembaca2 sekalian..layan je la repekan ini...apa2 pun...semoga hidup kita semua sentiasa diberkati oleh-Nya...

" Be the best in the eyes of Allah, be the most humble in your own eyes and be a good example in the eyes of others."
~Ali bin Abi Thalib~
me..lydia..pahang..malaysia..
mmm..xde idea nak tulis..layan je la gambar2 ni..an incredible views after ice rain in South China..cantik..



me..lydia..pahang..malaysia...