Semalam..8.3.08..menyaksikan malaysia mengadakan pilihanraya umum yang ke-12..well..election yang amat menarik..maybe kerana faktor usia..sebelum ini sy kurang berminat untuk mengikuti pilihanraya yang diadakan..(walaupun hakikatnya sy mmg berminat di dlm politik)..mungkin kerana usia yang sudah meningkat dewasa dan mungkin juga kerana buat pertama kali saya boleh mengundi..so..untuk pilihanraya kali ini sememangnya saya tidak ketinggalan untuk mengikuti segalanya..semenjak hari pernamaan calon..kempen..sehinggalah hari mengundi..sesungguhnya saya amat terkejut dengan keputusan pilihanraya yang diadakan semalam..saya menuggu sehingga pukul 2am untuk mengetahui keputusannya..mata yang dah terlalu letih membuatkan sy tidak mampu lagi untuk berjaga sehingga habis..dan saya hanya sempat menyaksikan penang, kedah dan seperti biasa kelantan jatuh ke tangan pembangkang..ya..saya pro-kerajaan...memandangkan saya dari family yang pro-kerajaan..so sememangnya saya mewarisi minat ayah saya ke arah tersebut..apa yang paling mmebuatkan saya sedih ialah apabila mengetahui D S Shahrizat Jalil kalah kepada NUrul Izzah..satu kemenangan yang agak tidak terduga oleh akal fikiran saya..kemudian seketika selepas itu.mata saya asyik menangkap kemenangan yang bertalu2 dari pihak DAP di Pulau Pinang..seketika itu hati sy terdetik akan kekalahan yang bakal dihadapi di negeri tersebut..dan selepas itu Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan pembangkang..ketika itu hati sy sudah terlalu berdebar2 memikirkan nasib menteri di daerah saya..D S JAmaludin Jarjis...kerana ketika itu saya sudah menyaksikan banyak kejatuhan menteri2 kabinet..samy vellu,shahrizat jalil,koh tsu koon,zainuddin maidin..M.Kayveas..apa yang ada di dalam fikiran saya adalah DS JJ sudah kalah juga di tangan PAS..kebimbangan saya bertambah apabila ayah sy yang pergi menyaksikan pengiraan undi belum lagi menelefon saya untuk memberikan khabar gembira...akibat tidak sabar menuggu..saya menelefonnya untuk mengetahui perkembangan semasa di daerah saya ini..dan Alhamdulillah..DS JJ menang dengan majoriti yang besar..saya berasa lega kerana tempat sy masih lagi selamat di tangan BN..kemudiannya sememangnya hati sentiasa berada dlm keadaan yg tdk tenteram apabila menyaksikan kemenangan yang tidak tersangka2 oleh pembangkang seperti di Johor yang dikatakan kubu kuat BN..dan juga ketika itu di kedah dan perak juga menyaksikan kekalahan parti yang disokong oleh saya..saya cuma berasa lega apabila DS Najib diumumkan menang dan juga Pahang diumumkan masih milik BN..sekurang2nya pembangkang belum lagi menembusi negeri saya..dan juga hati saya menjadi teramat lega apabila kemenangan Pak Lah diumumkan..apa yang paling mengejutkan saya adalah kekalahan Selangor di tangan pembangkang..saya mengikuti ulasan penganalisa politik..(one of them is my lecturer..prof attory hussain.. :))..dan sememangnya banyak daripada pendapat mereka yang saya persetujui..oklah..saya sebenarnya tidak berniat untuk menulis sesuatu yg berbaur politik..sekadar menyuarakan rasa hati..buat kawan2 yg tidak sealiran dengan saya...apapun..walau berlainan parti kita masih lagi berkawan dan silaturrahim yang dijalinkan tidak akan tergugat hanya kerna sentimen politik... :))
me..lydia..pahang..malaysia...

2 comments:

mala_yusof said...

saya sangat2 setuju dengan kenyataan yang penghujung sekali...
"Walau berlainan parti kita masih lagi berkawan dan silaturrahim yang dijalinkan tidak akan tergugat hanya kerna sentimen politik.."

Walau apapun yang berlaku..kita tetap anak Malaysia...:)

lyd said...

yup mala..whatever pun kita tetap anak Malaysia..Malaysia Boleh...:)