Beberapa hari telah berlalu barulah saya dapat mencuri sedikit masa untuk manaip sesuatu mengenai ibu sempena Hari Ibu yang telah berlalu..saya sukakan satu sajak daripada Allahyarham Usman Awang..memang tersentuh hati membacanya..buat semua pembaca sekalian..hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada dan bahagiakan mereka selagi kita termampu untuk berbuat demikian..terfikir juga di dalam hati..agak2nya adakah anak2 yang sudah melupakan ibu bapa mereka dan tidak pulang menjenguk mereka di kampung tidak mempunyai perasaan?Janganlah kita semua termasuk di dalam golongan sedemikian hendaknya..
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
Dalalm kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.
Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.
Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.
Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.
Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.
p/s..selamat hari ibu buat ibu tersayang dan juga semua ibu2 dan juga bakal2 ibu..khas untuk Kak Noor..Happy Mother's Day..mesti dah lain kan tahun ni sebab ada Insyirah.. :)
me..lydia..pahang..malaysia..
2 comments:
Hai..awak lak bile nak jadi ibu?
hai..belum sampai seru..tunggu je la waktunya...
Post a Comment