Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..

Hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini..saya mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu mengenai majlis makan yang diadakan di unit kami..Dah lama sebenarnya saya nak menulis mengenai jamuan ini, tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa bersabar..Jamuan ini diadakan di unit hasil tempat saya bekerja..masa diadakan..dah lama dah..kalau tak salah pada minggu kedua raya..satay dan laksa ditaja oleh bos kami yang baik hati, manakala kuih-kuih raya dibawa oleh kami semua..xsangka lak banyak kuih raya yang terkumpul sampaikan penuh satu meja saya dengan kuih-kuih tersebut..disebabkan excited nak tulis pasal jamuan makan tu..so saya telah merakamkan seberapa banyak gambar untuk dimuatkan dalam blog ni..so..here we go..


gambar penulis sedang posing dekat meja yang penuh kuih raya.. :)

laksa kuah lemak..saya panggil laksa kuah putih..hehe...


satay yang best..nyam..nyam...


aneka jenis kuih raya..


Ini ialah BISKUT DALTIN..saje je promote sebab ramai gak yang xkenal biskut ni...


yang ni lak memang nak promote...kuih raya yang dibawa khas dari rumah penulis..hehehe..

akhir sekali..pencuci mulut...


opps...ada lagi..'anak-anakku' posing di pagi raya..tiada kaitan dengan cerita di atas..

yang ni pun nak menyelit gak..'anakku' yang baru berusia 2 bulan lebih..hehe...

hehe...itu dia cerita tentang jamuan makan2 tersebut...sekian, terima kasih..
me..lydia..pahang..malaysia..
* Bersin mampu mencecah kelajuan sehingga 100 batu per jam.

* Jam tangan yang pertama di cipta oleh Loius Cartier pada tahun 1904.

* Sesebuah lautan yang mempunyai kedalaman 6000 meter mempunyai risiko untuk
membentuk tsunami tanpa sebarang isyarat dengan kelajuan 800 km per jam.

* Permainan yoyo diperkenalkan oleh Donald F.Duncan pada tahun 1929, ianya diilhamkan
daripada senjata yang digunakan oleh golongan pemburu di Filipina pada abad ke 16.

* Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria didalam
setitik air.

* Lagenda tinju dunia Muhammad Ali atau nama sebanar nya Cassius Clay pernah beraksi di
Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1 Julai 1975 menentang juara eropah Joe Bugner buat
pertama kali nya.

* Terdapat 20,000 jenih lebah, tetapi hanya 4 spesis daripadanya yang menghasilkan madu.

* Secara purata nya lalat terbang pada kelajuan 4 batu sejam.

* Gunting yang kita gunakan pada hari ini adalah ciptaan Leonardo Da Vinci.

* Pasangan adik-beradik, Razif dan Jailani Sidek merupakn pemenang pingat Olimpik pertama
negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada tahun 1992 di Barcelona.

* World Cup 1930 diadakan di Uruguay, negara tersebut dinobatkan sebagai juara apabila
berjaya menewaskan Argentina, 4-2 pada perlawanan akhir selepas ketinggalan 2-1 pada
separuh masa pertama.Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para
penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.

* Benda yang sentiasa dibawa oleh Napoleon semasa kempen ketenteraannya ialah
coklat.

* Aktiviti penulisan dan lukisan oleh Leonarda Da Vinci menggunakan tangan yang berbeza
untuk kedua-dua aktiviti tersebut serentak.

* Seekor gajah mampu menghidu bau buah yang masak ranum sejauh 20 kilometer.

* Semasa kematian Alexandar Graham Bell pada tahun 1922, perkhidmatan telefon bagi negara
Amerika dan Kanada telah dihentikan selama satu minit.

* Tiram boleh menggubah jantinanya sendiri bergantung kepada apa yang terbaik untuk proses
mengawan.
me..lydia..pahang..malaysia..