Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada tiga perkara di dalam fikiran saya sekarang, tiga perasaan yang saya rasa iaitu:
  1. Setiap yang hidup pasti mati.. :(
  2. Jodoh pertemuan di tangan tuhan..
  3. "Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mempunyai adab, yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memberi manfaat ketika berdaya membalas dan berlaku adil ketika memiliki kuasa" - Abdul Malik bin Marwan

Perkara pertama, kerana saya kehilangan paklong pada 15-10-09 yang lepas..agak mengejutkan walaupun alahyarham selalu sakit..tapi kerana dah selalu keluar masuk hospital tu la kami terkejut dgn berita itu..kali terakhir berjumpa semasa raya yg lepas..di mana dia bagi kami semua duit raya..seorang yang sangat baik..dan menganggap anak-anak buah mcm anak sendiri..selalu bagi saya duit..Al-Fatihah untuk nya.. :(
Perkara kedua..satu situasi berlaku di pejabat..saya sedang bersedih kerana perkara di atas..berjalan pun rasa mcm di awang-awangan..pastu hari selasa, saya dan kawan2 nk tgk kawan kami ina yang baru bersalin...dah sepuluh hari..xsempat nk tgk..tup2..tgh2 nak pg tgk tu, ada la seorang mamat s*ng*l ni dtg kt meja saya..dia dengar kami nk pg tgk ina..tetiba dgn selambanya dia sound kat saya.."awak bila lagi.."...perghh..pedihnya hati..saya pun tanya dia balik "nape..kalau saya xkawin saya susahkan awak ke, saya menyusahkan org ke sebab saya xkawin, saya ni tua sangat dah ke dan xkawin lagi.."..mmg badan saya ketar sebab tahan marah..dan dia mmg xsangka saya marah...pada budak tu, dia bergurau..sorry la..bergurau hal lain mungkin boleh..mungkin org lain boleh, saya tidak..saya sendiri xlarat dgn soalan2 org ni..cukuplah bertanya..apa org2 yg bertanya ni..x faham ke dgn qada' dan qadar..kalau saya bercinta bagai nak rak pun..dah bukan jodoh saya..tetap saya xkawin..cukuplah saya xlarat memandang muka mak ngan abah yg mengharap..dicampur sedara mara..tolong bagi saya ruang..saya tau budak s*ng*l tu xsengaja agaknya..dan dia xbaca blog saya..sekadar mencoretkan rasa saya di sini..kalau ditakdirkan ada jodoh saya, saya akan kawin juga..lagipun saya rasa saya xsusahkan org pun, cuma susahkan mak ngan abah jer..:(
Perkara ketiga, sekadar mengingatkan diri sendiri dan org lain..saya tidak sempurna..dan saya rasa satu penghormatan diberikan peluang untuk berbakti kepada org lain..kerana org yang memilih saya itu cukup saya hormati..

Sekian sahaja luahan rasa saya buat masa sekarang..seorang teman yang ber ym dgn saya perasan yang saya mmg tgh xde mood..katanya apa yang dia ckpkan pada saya..semuanya saya jawab "saya malas..malas nk fikir..."semua keje2 yg berkaitan pelajaran dan majlis perwakilan pelajar pun saya sekadar jeling2..kembalikanlah semangat saya... :(

si comel Emil Naufal

me..lydia..pa
hang..malaysia..

3 comments:

Adila Khairy said...

dear lydia,

sesungguhnya jodoh & pertemuan itu di tangan Tuhan, Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

setiap insan telah ditentukan jodohnya.. kisah cinta kita adalah rahsia Allah untuk kita yang kita tak tahu...;)

setiap apa yg jadi ada hikmahnya & ujian yang diberikan Tuhan ada ganjarannya. Yakinlah dengan qada' & qadar.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita, dunia & akhirat..

saya pernah gagal bercinta dua kali. pertama kali usia percintaan 7 tahun, 2nd time 3 tahun. tetapi wpun saya terlalu sayangkan exbf saya yg 2nd tu, jodoh tetap di tangan Allah... kami tetap tiada jodoh walau diusahakan mcm mana sekalipun..

saya rasa fed up, rasa sgt2 kecewa, rasa mcm dh takde peluang utk disayangi & dicintai lagi. saya dh serik bercinta.

tetapi, kuasa Allah Maha Besar, kasih sayang Allah meliputi langit dan bumi seluruhnya.

saya ditemukan dengan seseorang yang saya yakin dia adalah orgnya yang dicari selama ini. dia tak jauh pun dr saya selama ni.. tapi Tuhan tak bagi kami 'kenal'...dia lalui life dia & saya lalui life saya sejak kami mula2 kenal setahun setengah yang lalu...saya tak pernah suka dia selama ni.. tapi sejak dlu, saya selalu nervous & berdebar2 setiap kali jumpa dia & saya pun tak tahu kenapa..

namun begitu, kalau jodoh tu dh ditentukan walau mcm mana skalipun tetap akan jumpa jugak..

lepas saya dikecewakan buat kali ke-2, saya mula berkawan dgn dia & tak bercinta tetapi alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami utk meneruskan hubungan ke perkahwinan..saya pun mcm tak percaya..

Insyaallah, hari sabtu ni kami bertunang dan ahad ni adalah ahad ke-5 sejak kami mula2 keluar bersama & on the 5th sunday, saya dh jadi tunangannya..

itulah ketentuanNya, tak payah bercinta bagai nak rak bertahun-tahun.. ;)

oleh sebab itu, bersabarlah wahai cik lydia badul rani...

jodoh tu Allah beratkan sedikit utk bagi ujian pada awak adakah awak boleh terima atau tak ujian ini.

Insyaallah, sekiranya awak bersabar & selalu berdoa, jodoh itu akan dtg sendiri, Tuhan akan tolong temukan dengannya..

pesanan saya : bercinta la selepas kawin, saya yakin ianya adalah lebih indah & bermakna.. ;)

kalau jumpa sidia yg bersungguh2 nak kawin dgn kita, doa la pada Tuhan, sekiranya dia adalah jodoh buatku, permudahkan lah & percepatkan la segala urusan jodohku ini..

insyaAllah lydia, saya akan turut sama doakan..

"sesungguhnya wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik..."

jangan cari..jangan tertunggu2..

hanya perlu selalu berdoa & insyaAllah ur prince charming akan dtg sendiri & pada masa tu awak akan rasa mcm pelik & tibe2 je semua jd senang & mudah & sangat cepat... ;)

Adila Khairy said...

sorry, spelling erro-->

oleh sebab itu, bersabarlah wahai cik lydia badul rani... --> abdul rani... ;P

lyd said...

thanks along :)