Dah lama juga mendiamkan diri dari blog rupanya..seketika terdetik di hati untuk menulis berkaitan perkara ini..memandangkan pelbagai perkara yang sering terjadi di sekeliling, saya merasakan perlunya muhasabbah diri sendiri di dalam menjalani kehidupan seharian..
Sesungguhnya memang benar hidup ini diibaratkan seperti roda..sebentar kita di atas dan seketika pula kita akan berada di bawah..untuk itu kita mesti sering mengingatkan dan menginsafkan diri kita dengan setiap keadaan dan perbuatan yang sering kita lakukan..
Selalu kita mendengar cerita2 mengenai orang yang sering berada di tahap yang selesa di dalam kehidupan tetapi dalam sekelip mata juga boleh menjadi daif dan sebagainya..begitu juga kita sering terdengar mengenai orang2 yang miskin dan menjadi kaya dengan tiba2..di sini mengingatkan saya akan cerita Ahmad Albab olahan seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..kisah yang menunjukkan contoh mengenai perkara di atas di mana si miskin berubah menjadi kaya dengan tiba2..
Namun begitu segala sesuatu yang berlaku adalah qada' dan qadar-Nya..justeru itu kita sebagai umat Islam seharusnya redha dan tabah di atas segala ketentuan-Nya..sering kali kita merasakan bahawa kita tidak layak mendapat seperti apa yang ditetapkan kerana merasakan semua itu tidak berbaloi..namun sesungguhnya kita tidak mengetahui segala apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..maka dengan itu kita harus sentiasa redha dan sabar dia atas segala sesuatu..
Walau apapun yang sedang berlaku dan akan berlaku...kita sememangnya harus sedar dan akur dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh-Nya..Sebagai individu yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad kita memang harus sentiasa bersedia dengan segala dugaan dari tuhan pencpita alam..Akhir kata sesungguhnya Hidup Ini Umpama Roda..justeru itu kita harus senantiasa bersedia akan segala keadaan yang akan sentiasa berubah di dalam kehidupan kita samada perkara gembira yang bakal mendatang mahupun perkhabaran yang kurang baik akan menghampiri kita..wallahualam..
me..lydia..pahang..malaysia..
2 comments:
memang benar hidup ini umpama roda.. berpusing2..sekejap kita di atas sekejap kita di bawah..mungkin sekarang kita sangat susah..mana tau esok lusa kita selesa..dulu kita berjaya..esok kita gagal..
pengalaman2 ini memang mengajar kita erti kesyukuran..jangan terlalu angkuh, jangan terlalu bongkak.. sentiasa bersederhana..terima segalanya dengan hati yang tenang walaupun sangat sukar..yang berlaku pasti ada hikmatnya..
erkkk...membebel kat sini pulakk..xpe kan??..sekadar menambah isi kandungan...hehehehehe...jangan marahhh...;p
huhu..mala..thanks sebab menambah isi kandungan...memang kurang isi pun..masa type entry tu byk kali berenti..macam2 gangguan..termasuklah gangguan daripada anak2ku nak bermain games.. :))
Post a Comment