Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya memohon kemaafan andainya coretan saya ini melukakan hati sesiapa...bukan untuk membanggakan diri saya..namun hanyalah untuk saling mengingati diri saya terutamanya dan juga teman-teman..Saya ingin memberikan satu situasi..begini..katakan ada sekumpulan wanita sedang berkumpul, seramai 6 orang..4 daripadanya adalah isteri orang sementara yang 2 lagi belum berkahwin..di satu sudut yang lain pula ada seorang lagi gadis sedang duduk di mejanya membuat kerja sendiri tanpa memperdulikan kumpulan perbincangan tersebut..ok..sekarang saya ingin menceritakan pula apa yang sedang diceritakan oleh kumpulan tersebut..mereka sedang bercerita mengenai cerita 18sx..rasanya anda semua faham apa yang saya nyatakan..bukan itu sahaja, isteri2 orang tersebut bercerita mengenai 'kisah hubungan' dengan suami mereka..gadis tersebut tidak masuk campur di dalam perbincangan mereka..oleh sebab itu si gadis dikatakan sombong dan tidak mahu bercampur..dan lebih teruk lagi...si gadis dikatakan sombong kerana belajar tinggi, dan tidak mahu bercampur dengan mereka...persoalan saya sekarang..apakah salah perkara yang dilakukan oleh gadis tersebut???apakah salah sekiranya gadis tersebut tidak ingin mendengar kisah2 alam rumahtangga yang diceritakan itu???sebenarnya apa yang saya ceritakan itu adalah kisah saya..dan inilah dilema yang sedang saya hadapi di tempat kerja saya sekarang..hanya kerana tidak mahu campur di dalam perkara2 sedemikian, saya dilabel dengan bermacam perkataan..saya sendiri tidak faham dan tidak tahu mana satu yang harus saya buat...pertahankan pendirian saya ataupun join mereka supaya tidak lagi dikatakan sombong..saya juga tidak mengerti mengapa isteri2 orang tersebut boleh bercerita mengenai kisah mereka sedangkan semua itu berdosa..apakah mereka tidak tahu ataupun sudah menjadi kebiasaannya mereka begitu??bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa..malahan saya juga sebenarnya kurang gemar untuk menyiarkan kisah sebegini di dalam blog saya ini..bukan juga nak menunjuk alim..sekadar meluahkan rasa hati kerana apa yang berlaku sebenarnya agak mengganggu kehidupan saya..mengganggu emosi saya..mencuit hati saya..ada hari2 nya saya menangis mengenangkan apa yang sedang berlaku..ada hari2 nya pula saya boleh bersikap seperti tiada apa yang berlaku..namun demikian, saya seorang wanita yang sangat beremosi..maka kadangkala saya tidak dapat berfikiran dengan matang dalam menghadapi semua ini...dipulaukan oleh rakan2 sekerja hanya kerana tidak mahu mendengar cerita2 yang tidak sepatutnya..namun demikian saya tahu...saya harus pertahankan pendirian saya..saya harus pekakkan sahaja telinga dan terus membuat kerja saya..kerana saya pasti ini hanyalah keadaan sementara sahaja..dan saya berdoa semoga Allah senatiasa memberikan hidayah untuk kita semua...Wallahuallam.. :) Oh ya..saya juga teringat petikan sajak yang saya ambil dari seorang rakan lama saya..memang mendalam maksudnya..
It takes courage
To refrain from gossip
When others delight in it,
To stand up for the absent person
Who is being abused.
4 comments:
lydia..kesian awk ye..
hmm situasi mcm ni mungkin selalu berlaku di kalangan staf di pejabat. saya pernah juga sama2 try bersembang dengan staf2 saya dekat pejabat, mcm2 la topik & diorg bincangkan, tp masih terkawal lagi sbb tiada perkara2 dalam kain yg diceritakan. tapi mungkin juga sbb mereka menghormati saya sbg bos mereka. mungkin juga. tp saya faham mmg susah nak deal dengan rakan2 sepejabat, apatah lagi di kalangan staf yg mungkin pada pengamatan saya lain cara berfikir. lydia kena bersabar la & jgn balas balik atau buat muka kalo diorg kata apa2 kat lydia. manusia ni lagi org tak suka lagi dia suka mengata. jadi lydia buat biasa je mcm takde ape2 yg berlaku. mmg susah tp lydia kena ingat lydia bersama diorng hampir 8 jam setiap hari. lydia kena sabar ye. mmg apa yg lydia buat tu tak salah, tp jgn bagi nmpk sgt yg kita ni tak suka dgn apa yg diorg cerita tu. apa yg baik ambil sebagai pedoman, apa yg buruk jadikan pengajaran. =)
along,
yup..mmg betul apa yg awak ckp tu..
tapi masalahnya sy rasa mcm duduk d satu tempat di mana diorang ni xde rasa malu langsung..even depan bos sy yg lelaki pun diorang boleh je ckp mcm tu..entahla..mmg agak payah la sy nk join diorang..malu juga rasa bila melibatkan kaum lain ni..apa2 pun mmg betul ckp awak..sy kenalah bersabar..:)
ya, itulah semangatnya..
hehehe...tabahkan hatimu wahai cik lydia, suatu masa nnti cahaya kejayaan akan menjelma juga, mana la tahu ada rezeki awk pula yg jd bos diorg, baru la cerah sket biji kata diorg tu. hehe =)
along,
hehe..amin..semoga kata2 awak tu jadi kenyataan lah hendaknya...anyway..thanks for the moral support..:)
Post a Comment