Esok hari raya..cadangnya memula tu mmg nak cuti..tapi dek kerana banjir..cuti kami semua dibekukan..so..cuti esok je lah..esok ada korban..tapi raya haji tahun ni xseronok sangat..pasalnya..semua saudara-mara xleh balik..jalan putus sebab banjir..so tinggallah dua keluarga je yang akan beraya di rumah tok esok..dan mengorbankan lembu yang dah sedia menanti..cuaca skrg ni dah cerah...pagi tadi ujan..pastu cerah..tapi dijangkakan hari jumaat ni akan berlaku banjir gelombang kedua di pahang ni..rasanya kalau memang terjadi..banjir besar akan melanda pekan..sekarang ni pun air dah masuk ke bandar...memandangkan saudara-mara xdapat balik beraya..so kuranglah sikit makanan yang nak disediakan..anyway selamat hari raya..ampun dan maaf dipinta..

p/s..banyak2lah berdoa semoga banjir cepat reda..kesian mangsa2 banjir...

me..lydia..pahang..malaysia..
Sesungguhnya haTi saya meronTA-Ronta unTuk menGupdaTe blOg Saya dalam tempoh Dua Tiga haRi yanG lePAs...Tetapi..apakan daya...chewah...kerja bertImbun-timbun..lagipun...baru Je daPat sIapkan Assigmen saya...Bercakap tentanG assIgmeN..SepatutnyA ketikA saya menulis Entri ini..saya sedang BeradA di Kelas BersamA kaWAn2 Saya dan menduduKi ujian PerTengahAn semesTer di KL.. TetaPI akibat banjir yang meLAnda..makA xdApatlah Saya pergi..Nak ke KuanTAn Pun taKde JAlan nak Lalu..inikAn pula nAK ke KL..terpAksalAh sayA menaNgguhkan ujian sayA...Rasanya banyaK sungguh DugaaN yang HARus dilalUI oleh saya untuk menYambung PelajarAn saya ini..SeLAin darIpada baNyak menGGunAKan Wang Ringgit..TerPAksa Pula menahAn telInga MendenGar pelBagai KAta2 dari rakaN sekErja(aGaknya MerEka jealoUskan Saya kot...)Mana tidaknYa ..meREka Kata sayA membAzir..kEranA susah-SusaH nak menyambuNg pelaJaran saya..Saya Pun peliK dengan perangai mnausIa ni..ada Aje yanG tidaK kena Di Mata merEka..But For me..apapun Orang Nak kata..terPulang..muluT masinG2..Asalkan Sy teTaap menerUskan Usaha Dan ciTA-cita saya...waaa RinDunya Nk ke kelas..seteLAh dua Kali kelAs saya RAsa seronok Pula dengaN kelas saya dan Raakan-rakan Saya.. :) Banjir pula nampaknya semakin Buruk..TerPAksaLAh xbergerAk ke manA-mana pun MinggU ni...
me..Lydia...Pahang..Malaysia...
telah lama ku pendam rindu dalam diamku..
menantikan ucapan mesra darimu..
hingga kini kau membisu seribu kata..
mata bertentang mata..
oh ku gelisah..
kini kau berjauhan..
seribu perjalanan..
hati merintih sedih..
tiada berair mata..
kian ingin kau kulupakan..
kian kau ku rindui..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
hidupku kian hampa..
semenjak perpisahan..
hilang tanpa berita..
rindu padamu jua..
di mana ku cari ganti..
serupa denganmu..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
telah bertahun lama..
kau ku rindukan..
me..lydia..21-11-2007..3.30pm..pahang..malaysia..
Saya memang meminati bidang sastera semenjak zaman persekolahan..Sehinggakan saya pernah memilih untuk berada di kelas sastera ketika di tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, namun begitu keinginan saya tidak tercapai..Buku-buku bacaan yang ada dalam koleksi saya sememangnya banyak yang menjurus kepada kesusasteraan..puisi dan juga novel2 yang bahasanya berbunga-bunga(mengikut kata kwn2 sy)..Tapi itu memang dah minat saya..Namun begitu..apabila saya memasuki MRSM Kota Putra...saya dah kurang membaca bahan2 sebegitu..minat masih ada, tapi kerana dah memasuki aliran sains..sy terpaksa lebihkan buku2 sains..kemudian apabila saya masuk ke alam kampus saya semakin sibuk dengan pelajaran saya..walaupun saya masih juga membaca buku2 sastera..namun begitu apa yang pasti saya dah meninggalkan minat saya dalam bidang penulisan..saya sudah tidak lagi menulis sajak dan puisi yang saya gemari..tambahan belajar di dalam bidang kejuruteraan membuatkan saya tidak perlu menulis artikel yang panjang lebar..assignment pun tidak memerlukan ayat yang berjela-jela dengan lenggok bahasa yang betul..sehingga saya tamat pengajian dan bekerja sekarang..sesekali mmg ada juga saya menulis sajak...tapi saya rasakan otak saya semakin beku kerana sudah lama tidak menulis...dan baru2 ini saya telah mendaftar untuk melanjutkan study saya secara jarak jauh..kerana sayangkan kerja, saya bercadang belajar secara pjj..disebabkan saya memang bekerja di sektor awam..maka saya mengambil keputusan untuk mempelajari bidang tersebut..pengurusan awam...so...apabila menerima assignment pertama saya..saya begitu terperanjat dan termenung seketika..saya perlu membuat ulasan jurnal..sy mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan ulasan yang hanya memerlukan 5 muka surat tersebut..kalau dulu saya boleh menulis sesuatu artikel yang lebih kurang sama denagn apa yang saya buat sekarang dalam masa 2 hari...mungkin kerana terlalu lama meninggalkan bidang yang saya minati ini menyebabkan saya sukar mencari idea untuk menulis..dan mulai sekarang..saya perlu menulis dan menulis..kerana saya telah menceburi bidang yang banyak memerlukan saya menulis..but..setelah assignment saya yang pertama siap..saya begitu excited kerana saya begitu puashati dgn hasil kerja saya :)

me..lydia..14-11-07...9.20 am..pahang..malaysia...
Setinggi seluas gunung dan lautan...
Sejuta harapan dipertaruhkan..
Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan...

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam..
Di dalam keberanian terusik jua perasaan..
Tiada hentinya memanjangkan doa..
Semoga jiwa ini terus tabah..
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara..
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa...


Tak rela kuturutkan hati..
Menyesali apa terjadi..
Andainya begitu suratan yang tertulis di azali..
Biarlah walaupun ku sepi..
Sedih pedih dikhianati..
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini..

Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan..

lydia...4.33pm..malaysia..pahang...
Hari berganti hari..minGgu berganti minGgu..sedar tak Sedar tinggal sehari sahaja Lagi bulan Ramadhan..maknanya lusa kita semua akan beraya..saya akan mula bercuti mulai esok hari..namun begitu..hanya badan sahaja di office..sedangkan fikiran berada di rumah..dengan suasana pejabat yang meriah dgn lagu2 raya..dan Juga keadaan pejabat yg agak kurang penGunjunGnya..memanglah membuatkan fikiran melayang-layang..tahun ini..hari raya memang berbeza..tambah2 pula kerana perginya bapa saudara baru2 ini..memanglah lain rasanya..oklah..di kesempetan ini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari raya buat semua..mohon maaf atas semua kesalahan..dan buat teman2 yang tahu di mana rumah saya..jemputlah ke rumah..

me..lydia..3.45pm..pahang..malaysia..
1 OktoBer 2007..hari ini merupakan hari ulang tAhuN keLAhiran abah Dan juga abAng sulUNg saya..dan setiap KAli menjelangnya ulaNgtaHun tersebuT..pasTinya orang Yang paling gembira adalah cucu2 abah yang berdua tu...Tapi tahuN ini hari terSebut tak Seperti biasa..Tanggal 1 Oktober 2007...4.00 pagI..kamI semUa dikeJutkan dengan berIta pemergiaAn Bapa SaudarA kami pulang Ke Rahmatullah..dan dengan itu..Menambahkan lagi sebab Untuk kamI mengingAti tarikh Ini..Al-Fatihah..buat Bapa SaudaRa KesayanganKu..Abdul Latif Bin Mohd Nor..

lydia.... 3 oktober 2007..12.00 pm..
Nak upDAte bloG..Tapi Rasa mAlas sgt nak Tulis...LagIPun..ByK sgt KejE naK buaT..sO..bilE sayA dapaT Email ni..sy PUn copY n Paste Ajelah..Untuk rEnungan SahabAt2 seMua Juga Untuk diri senDiRi..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Peringatan ini aku terima dari sahabatku yang prihatin pada diriku.Terima kasih sahabatku yang memperingati diriku......












....someone give this to me..and i want to share with all of you...May Allah bless us always..


mm...dah lama saya tak update blog saya..yg lucunya..selain sibuk dgn kerja, sebenarnya saya tak boleh buka blog saya sendiri..puas juga saya cuba buka..akhirnya baru hari ini saya dapat..well..org yang tak pandai it mcm saya ni..terpaksalah belajar dari member2..nasib baik kwn2 mmg yang jenis suka membantu..ok..berbalik pada topik di atas..memandangkan dah masuk bulan yang mulia ni..saya mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam..semoga kita semua menjalani ibadah dengan penuh sabar dan mendapat keberkatan daripada-Nya...rasa macam baru lagi kita beraya..dah masuk bulan Ramadhan pula..well..tahun ni first time saya berpuasa dalam keadaan saya bekerja(maklumlah..sebelum ni melepak je kat rumah)..so tahun ni lain la pula aktiviti saya..kurang masa di rumah..tinggallah mak saya seorang..tapi kuih raya mesti kene buat juga...sekurang2nya..kalau tak buat biskut pun..kek memang dah wajib saya kene buat..saya sebenarnya tak pernah merasa berpuasa di rumah sewa..bersama kawan2..masak bersama..sebabnya sepanjang 3 tahun di universiti pun saya tinggal di asrama..tak de can pun saya nak memasak..kat rumah..biasala..tlg je la mak masak..tapi saya memang minat memasak..so mmg adalah juga yg saya masak..walaupun abah selalu cakap tak sedap..ye lah..mak saya memang pandai masak..anak die ni xcukup ilmu lagi...tahun ni saya dah mula bekerja..so..secara automatiknya..itu adalah berita gembira buat semua anak2 sedara..anak2 sepupu..dan adik2 sepupu kesayangan saya..sebabnya..belum start puasa pun lagi semua dah minta duit raya..dan sy pun mmg dh janji saya akn up duit raya diorang..(dulu2 bagi gak..tapi sikit jer..)..oklah..Akhir kata..Selamat berpuasa..dan buat semua rakan2 tersayang..mohon maaf atas segala kesalahan selama ini..bilelah dapat jumpe ek..dah bertahun kite tak jumpe...rindu tul.. (",)