Saya dilahirkan dengan pelbagai penyakit..Sejak dari kecil lagi saya menghidapi lelah,gastrik,resdung, dan sekarang doktor memberitahu bahawa tulang belakang sy bengkok yang menyebabkan sakit saraf..di mana semua saraf mudah terasa sakit..(saya mengetahui tulang itu bengkok pd thn 1999, ketika sy buat xray utk memasuki mrsm kopu)..Saya menulis cerita ini bukan utk menagih simpati..sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati saya dgn sesiapa yang membaca blog ini..Lelah yang teruk semenjak kecil meyebabkan saya tidak dpt aktif di dalam sukan di sekolah..ketika rakan2 sebaya mempelajari pelbagai sukan, saya sahaja yang tidak dapat merasanya..sehinggakan sekarang, saya hanya pandai bermain catur, dan badminton..bolehla sikit2..tapi badminton pun dah lama sy tinggalkan bila doktor menasihatkan sy supaya tdk terlalu aktif..Menghidapi gastrik menyebabkan saya terpaksa meminum susu tepung setiap pagi..dan juga pelbagai ubat2 kampung untuk penyakit resdung..sebut sahaja akar2 kayu..walau sepahit manapun terpaksalah saya minum..begitu juga dengan perubatan kampung..di mana sahaja ada org yang pandai pasti mak dan abah bawa saya pergi berubat..dan terpaksalah pantang..pantang bukan masalah bagi saya kerana sy mmg tdk makan makanan laut..saya selalu juga terfikir dan selalu merasakan teruk sgt penyakit saya..saya bukanlah kisah sgt pun..makan ubat dah menjadi rutin harian saya..apa yang saya kesalkan adalah apabila ada rakan2 yang memandang serong..apabila sy tdk dapat menyertai apa2 acara sukan, apabila sy tdk dpt mengikut aktiviti yang lasak, panjat gunung, camping, dan sebagainya..apabila mereka merasakan sy terlalu memanjakan diri saya..apabila mereka seolah2 mengejek saya setiap kali melihat saya makan ubat..saya dah byk kali mendengar cemuhan org yang kdg2 menyebabkan saya terasa ingin mereka merasanya sendiri sakit seperti saya..pergerakan terbatas..ibu dan abah risau jika saya ke mana2..bimbang akan anak mereka ni walaupun saya dah membawa segala jenis ubat saya..dah banyak juga air mata mengalir kerana kata2 rakan2 yang tidak memahami..bukannya sy sengaja tidak melibatkan diri, tapi badan sy tidak dapat menampung sakitnya..namun tak semua rakan begitu..ada yang memahami dan sentiasa mendoakan saya..hanya ucapan terima kasih untuk mereka kerana memahami..dan kini apabila usia sudah meningkat dewasa, perlahan2 penyakit tersebut telah pergi dari diri saya..Alhamdulillah..lelah boleh dikatakan sudah tiada..gastrik juga semakin berkurang..cuma yang masih terasa..sakit saraf..apabila sejuk..apabila mengangkat barang..even utk mendukung baby pun sy xlarat..resdung juga dah semakin tiada..kerana pada 28/08/2006, setahun yang lepas saya telah menjalani pembedahan untuk sakit resdung saya..untuk menjalani pembedahan sahaja bermacam2 kata yang saya dengar..tak perlulah..boleh berubat kampunglah..boleh makan ubat sahaja lah..tak perlu pembedahan semua tu..tapi saya kuatkan hati saya kerana sakit saya hanya saya yang merasa..dan mereka semua hanya memandang..dan mencemuh..tak kurang juga memberikan semangat dan doa..saya mengambil keputusan ini pun kerana dah pelbagai usaha dan ikhtiar saya lakukan so saya rasa apa salahnya saya mencuba..dan saya menjalani pembedahan tersebut diiringi doa famili dan rakan2 saya..dan sekarang setelah setahun pembedahan tersebut, saya merasakan semakin sihat..walaupun tidak sepenuhnya baik..sekurang2nya 80% sakit itu telah hilang..cuma saya terpaksa berulang alik ke HTAA untuk rawatan susulan..sekurang2nya..muka saya tidak lagi bengkak seperti dulu..Oh ya..saya juga menjalani pembedahan untuk sakit tonsil..lupa pula saya sakit tonsil..sakit tekak yang menyebabkan saya demam dan tidak dpt makan..so skrg dah tiada lagi tonsil kerana dah dibuang semasa pembedahan resdung..pembedahan yang mengambil masa 5 jam..so sekarang saya tidak lagi demam seperti dulu..sampaikan dua minggu sekali demam dengan hanya terpaksa makan bubur kerana sakit tekak..sehinggakan tiada suara yang keluar..semua itu sudah tiada..dan saya masih lagi teringat ketika saya dimasukkan di wad..saya diletakkan berhampiran katil pesakit2 yang menghidapi kanser..pelbagai kanser..dan ketika itulah saya menyedari bahawa penyakit saya hanyalah sedikit sahaja berbanding mereka..ketika itulah saya menyedari betapa ramai lagi org lain yang lebih menderita dan lebih sakit daripada saya..maka buat sesiapa jua yang membaca kisah saya ini..dan yang mungkin juga mengalami keadaan seperti saya..ingatlah bahawa masih ramai orang yang lebih sakit dan lebih menderita dari kita..semua itu ujian Allah dan pasti ada rahmat yang dianugerahkan untuk kita sekarang..ataupun di masa akan datang.. (",)

4 comments:

fizz said...

sakit itu adalah dugaan dari-nYa untuk hambaNya, sakit itu juga akan menyebakan kita akan sentiasa ingat pada-NYa..tabahlah menghadapi walau seperit mana ia melanda, semoga cepat sembuh :)

lyd said...

fizz..thank u so much..

Anonymous said...

saya dapat merasakan apa yg awak rasa kerana saya juga mempunyai beberapa masalah kesihata..sesak nafas, sakit dada, migrain, sukar tidur, dan tahun lepas sy mejalani pembedahan tangan kanan(fall into trap) dan mkin bulan ni or bulan depan sy mjalani pbuangan tonsil..tapi pcyalah ALLAH hanya mduga hambanya yg kuat sahaja utk menempuhi dugaan tsebut..Perancangan Tuhan itu lebih baik dr segalanya..pcayalah..

lyd said...

thank u so much..saya doakan anda juga akan sembuh dan sentiasa tabha menghadapi segalanya..