Jalur Gemilang dah kelihatan di mana-mana..di serata tempat pun boleh nampak Jalur Gemilang..Maklumlah esok dah nak sambut hari merdeka..Setiap kali saya melihat bendera Malaysia berkibar pada bulan Ogos, saya sering tertanya-tanya..mengapa hanya pada bulan ini sahaja kita perlu kibarkan bendera?Kenapa tidak sepanjang masa perlu kita lekatkan bendera di kereta2 kita..apakah sebabnya kita perlu mengibarkan bendera?Kononnya untuk menunjukkan semangat patriotik..kalau tak kibarkan bendera..tak patriotikkah kita..Lantas kalau begitu..sebelum bulan Ogos tiba, kita tiada semangat patriotik lah..Kalau bendera yang menjadi ukuran, rasanya tepatlah kalau saya berkata begitu..tapi sebenarnya semangat patriotik itu ada di dalam diri kita sendiri walaupun tanpa kibaran bendera..Kerana sebagai rakyat yang sayangkan negara pastinya kita mempunyai semangat tersebut..So..tahun ini sudah 50 tahun kita merdeka..satu jangka masa yang lama..dan kita seharusnya bersyukur dengan segala kemajuan yang dicapai dalam negara kita yang bertuah ini..bersyukur kerana dilahirkan dalam negara yang aman damai dan cantik..serta mempunyai perpaduan kaum yang amat kukuh..esok saya tidak terlibat dengan perbarisan..hanya menjadi urusetia untuk perbarisan tersebut..tak dapatlah saya nak tgk perbarisan di dalam tv..mm..so kepada semua rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia..selamat menyambut hari kemerdekaan..semoga kita semua memahami erti sebenar kemerdekaan ini..dan juga mengekalkan nikmatnya sampai bila-bila..yea..esok cuti...


me..lydia..3.25pm..pahang..malaysia.

0 comments: