Sebenarnya saya mmg nak menulis entri ini pada tarikh ulangtahun kelahiran saya baru2 ini..5 jan 2008...tapi disebabkan saya demam dan hanya baring di dalam selimut..tak dapatlah saya menulis di blog saya..mm..sedar xsedar dah 25 tahun usia saya..rasa macam tua sesangat..tambahan pula..ramai kawan2 sebaya boleh dikatakan menyambut hari ulangtahun mereka selepas saya..ada juga rakan2 yang memang xlupakan tarikh tersebut..terima kasih buat yang mengingati..dan sesungguhnya memang ada seorang rakan karib yang mmg xpernah lupa untuk wish saya setiap kali ulangtahun tersebut..tahun ini saya menyambutnya dalam keadaan sakit..agak teruk la juge..sebenarnya dah hampir seminggu saya demam..demam yang berulang ditambah dengan batuk dan selsema..mmm..apa yang saya harapkan semoga Allah sentiasa merahmati setiap apa yang saya lakukan..dan juga diberi rezeki yang banyak serta kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuhi hidup saya..semoga saya tidak akan bertemu lagi dengan insan2 yang akhirnya hanya membuat saya patah hati dan terluka...dan juga semoga kesihatan saya semakin baik...buat semua rakan2..saya tidak mengharapkan hadiah yang mahal2 mahupun ucapan yang manis2..kalau ada saya berterima kasih..apa yang saya paling harapkan adalah doa dari kalian..dan saya juga akan sentiasa berdoa untuk semua rakan2 saya...sesungguhnya apa yang paling saya inginkan adalah kekuatan, ketabahan, serta kesabaran yang banyak dalam menghadapi segalanya..walaupun saya menangis..saya sentiasa berharap agar orang lain tidak nampak air mata itu dan juga semoga saya sentiasa dapat menolong orang lain dan menceriakan hari mereka...semoga Allah menghindari saya dari mereka yang hanya ingin menyakitkan saya kerana sesungguhnya saya tidak ingin lagi disakiti dan terluka untuk sekian kalinya...dan juga buat semua rakan2..semoga hidup kita semua dirahmati, dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan serta keceriaan selalu...

p/s...seronoknya saya mendengar cerita dari rakan2 yg pergi kenduri kahwin seorang rakan kami pada 5/1/08 baru2 ini..jealouslah wei..


me..lydia..pahang..malaysia

3 comments:

mala_yusof said...

selamat hari lahir....:)

fizz said...

walopon dh wish kat ym, tp sy wish skali lg kat sini, hepi besday ke -25 :D

lyd said...

mala n fizz..
thank u so much to both of u..
fizz..jeles..jeles..napelah saya xpegi sama kawin bib tu...