Memasuki tahun 2008, bos saya mengarahkan saya untuk bekerja lebih masa..kalau mengikutkan kerja, memanglah wajar untuk bekerja lebih masa..tambahan pula tunggakan kerja di pejabat tanah ni semakin menjadi-jadi..so..sebaik dapat je surat arahan saya pun terus memulakan kerja lebih masa saya..sebabnya kalau xde surat maknanya nanti tak boleh claim..setiap hari saya buat OT dan juga setiap hari sabtu saya akan datang ke ofis..kecualilah kalau saya ada hal..dan pada suatu hari..(skema je..) ada seseorang bertanya saya..sejak bile goverment buat OT?Pertanyaan tu membuatkan saya berkata kenapa..ingat keje gov ni goyang kaki ke?gov pun banyak keje ape...tapi tu la hakikatnya pandangan masyarakat terhadap kakitangan kerajaan..pada mereka kami semua relaks..keje xteruk..ok..pada saya itu semua bergantung pada individu dan juga jabatan yang mereka kerja..saya akui..bekerja di sektor awam tidak seteruk sektor swasta..stress pun kurang..tapi bukanlah bermakna kurang kerja..cumanya kebanyakan kerja tu x urgent..maknanya xde lah sangat kerja yang bagi pagi..tengahari dah nak kena submit..tapi ada la gak..tapi semua tu bergantung pada jabatan..macam kerja saya..bolehlah dikatakan kene cepat je..saya bekerja di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian..lantikan oleh kerajaan pusat tetapi bekerja di negeri pahang, daerah kelahiran saya, kuala rompin..pasukan kami dipanggil Pasukan Petugas Khas..jawatan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan tunggakan kerja di pejabat-pejabat tanah di seluruh negara..so..kerja kami cumalah menyelesaikan tunggakan kerja mengikut unit mana kami diletakkan..macam saya diletakkan di unit hasil so kerja saya adalah mengutip cukai tanah tertunggak sejak dulu..kadang-kadang ada cukai tertunggak sejak tahun saya belum lahir lagi..so..bolehlah bayangkan betapa banyaknya kerja yang perlu dilakukan..kami dilantik secara kontrak selama dua tahun..dan dalam tempoh tersebut kami harus menyelesaikan 100% tunggakan tersebut..so..pada saya kalau orang kata kerja kami ni relaks je..rasanya kene la rasa dulu duduk di tempat kami..mana nak buat notis kutip cukai..notis rampas tanah..nak masuk meeting explain pd bos kenapa org xbayar cukai..nak kena buat laporan harian,mingguan, dan bulanan..dan yang paling teruk kena marah dengan orang awam kerana mintak hutang walaupun hakikatnya mmg mereka berhutang...so..berbalik pada soalan sahabat saya itu..pada saya kerja di sektor awam ataupun swasta..kedua-duanya pun ada kerja yang perlu dibuat..dan samada goyang kaki atau tidak..semua tu bergantung pada individu sendiri..kalau dah tau tanggungjawab sendiri..pastinya kite akan buat kerja kita..wallahualam..
me..lydia..pahang..malaysia..

0 comments: