Assalamualaikum dan selamat sejahtera...,
Hari ini hari Isnin..5 Januari 2009...hari ni bermulanya sesi persekolahan baru 2009..hari ni juga...my birthday yg ke 26...huhu..cepatnya masa berlalu...pejam celik..pejam celik dah masuk 26 tahun bernafas kat dunia ni..aduss..sadisnya...rasa diri ini dah tua lak...apapun, syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan usia..
So..my wish utk this birthday...
  • semoga dipanjangkan umur
  • semoga dimurahkan rezeki
  • semoga dikurniakan kesihatan
  • semoga dipermudahkan semua urusan
  • semoga dirahmati Allah sentiasa

rasanya..semua wish tu biasalah untuk orang-orang lain pun..apapun selain wish di atas..saya berharap semoga Allah akan temukan saya dengan seseorang yang dapat melengkapkan hidup saya, yang mampu membahagiakan saya dan menggembirakan hati ibu dan bapa saya, yang menyayangi saya sepertimana saya menyayanginya, menerima saya seadanya sepertimana saya menerimanya..memahami saya sepertimana saya memahaminya..

mak saya cakap..semoga saya akan kahwin pada tahun ini..adus..sayunya hati bila dengar harapan ibu bapa mcm tu..apa boleh buat, kalau ditakdirkan Allah jodoh saya dah sampai, saya tetap akan penuhi impian ibu saya..apapun saya dah cukup bersyukur dengan kehidupan saya sekarang..buat semua kawan2 yang wish utk birthday saya..thank u so much..may Allah bless us always..

~Harga seseorang itu adalah ilmu pengetahuannya~

~Ali Abi Thalib~

me..lydia..pahang..malaysia..