Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hati saya yang tidak tenang, menyebabkan saya teringatkan blog ini di kesibukan kerja saya..mungkin dgn menaip sepatah dua kata, perasaan saya boleh diluahkan..mungkin..

Saya selalu menulis mengenai jodoh dan ketentuan Allah, sebabnya perkara itu antara "the biggest thing" dlm otak saya ni..yang saya perlu dengar hari2 dan remind hari2 dalam otak ni.."mak suruh kawen"..huhu..hari2 saya kene ingatkan bende tu pada diri saya :))

Kisah yg menyebabkan ketidaktenangan hati saya ini xde la kaitan dgn saya nak kawen ke or apa2 yg sama dgnnya..cumanya saya nk menulis mengenai FITNAH yang terkena pada saya sekarang..mm..

Ada beberapa org membuat cerita yg saya sukakan seorang "suami org"..oopss..kawan2 yang bergelar isteri, jgn risau, saya bukannya peminat suami orang pun..adehla..apesal la dalam banyak2 perkara, perkara ni yang terkena pada saya..ish..

Mak saya pernah cakap, dia mmg xkan marah dgn siapa pun saya berkawin nanti kerana itu semua datangnya dari Allah. hatta dengan suami org sekali, mak mmg xckp apa..tapi xdela maksudnya saya boleh mencari dan menggoda suami org..uissh...saya waras lagi laaa...buat masa sekarang ni..saya mmg xde hati dgn mana2 suami org pun walaupun saya ada berkawan dgn lelaki2 berstatus sedemikian..

Suami2 org ni pun hanyalah classmates saya skrg..bukan saya seorang yg berkawan dgn mereka2 ini..semua pelajar perempuan dalam kelas tu berkawan dgn diorg..tapi saya pula yang dijadikan bahan fitnah..entahla, saya sendiri tak fahamla dgn apa yang berlaku, yg pasti bende ni merosakkan hari saya...:((

Saya pernah merasa sakitnya hati bila kekasih yg dipuja2 dulu dirampas macam tu je dari saya..pergi jauh dari saya..lepas tu, saya tak pernah ganggu hak org lain sbb saya sentiasa ingat perasaan sakit saya tu..jangankan suami, bf org pun saya xpernah kacau..saya xfaham kenapa saya kena fitnah macam ni..

Saya menjawab kepada mereka2 yang berkata tu seperti ini : saya takde hati pada mana2 suami org sekarang ni..sebabnya, saya masih mempunyai lelaki bujang yang boleh saya berkongsi suka dan duka saya sekarang, dan juga saya tak mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk berkahwin dgn suami org..banyak dugaannya kahwin dgn suami org ni...

Sepertimana yang saya pernah katakan pada seorang kawan yang ingin berkahwin dgn suami org, kahwinla, kalau dah rasa terlalu kuat untuk hadapi hari2 berikutnya..kalau sanggup menangis hari2, berendam air mata, kahwinlaa...kenapa saya cakap macam tu??sedangkan baru jadi gf pun dia dah menangis bila si lelaki tidak sms kerana nk jaga hati wifenya di rumah, inikan pula bila dah bermadu nanti..kalau kuat mental dan fizikal..silalahh...

Tapi, saya memang xde kekuatan yang macam tu untuk hari2 mendatang...so, insyaAllah, selagi diizinkan Allah, saya tidak kacau hak org lain..semoga semua fitnah ni cepat2 menghilang dari diri saya selama-lamanya..saya xpernah kacau hidup mereka, jgnlah kacau hidup saya...

me..lydia..pahang..malaysia..

2 comments:

Adila Khairy said...

semoga lydia tabah...

Adila Khairy said...

lydia, sy dh tukar blog address dh..

hehehe blog lama dh takde lg dh. ni blog baru:

http://mommiesafiyyah.blogspot.com