Memasuki tahun 2008, bos saya mengarahkan saya untuk bekerja lebih masa..kalau mengikutkan kerja, memanglah wajar untuk bekerja lebih masa..tambahan pula tunggakan kerja di pejabat tanah ni semakin menjadi-jadi..so..sebaik dapat je surat arahan saya pun terus memulakan kerja lebih masa saya..sebabnya kalau xde surat maknanya nanti tak boleh claim..setiap hari saya buat OT dan juga setiap hari sabtu saya akan datang ke ofis..kecualilah kalau saya ada hal..dan pada suatu hari..(skema je..) ada seseorang bertanya saya..sejak bile goverment buat OT?Pertanyaan tu membuatkan saya berkata kenapa..ingat keje gov ni goyang kaki ke?gov pun banyak keje ape...tapi tu la hakikatnya pandangan masyarakat terhadap kakitangan kerajaan..pada mereka kami semua relaks..keje xteruk..ok..pada saya itu semua bergantung pada individu dan juga jabatan yang mereka kerja..saya akui..bekerja di sektor awam tidak seteruk sektor swasta..stress pun kurang..tapi bukanlah bermakna kurang kerja..cumanya kebanyakan kerja tu x urgent..maknanya xde lah sangat kerja yang bagi pagi..tengahari dah nak kena submit..tapi ada la gak..tapi semua tu bergantung pada jabatan..macam kerja saya..bolehlah dikatakan kene cepat je..saya bekerja di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian..lantikan oleh kerajaan pusat tetapi bekerja di negeri pahang, daerah kelahiran saya, kuala rompin..pasukan kami dipanggil Pasukan Petugas Khas..jawatan ini ditubuhkan untuk menyelesaikan tunggakan kerja di pejabat-pejabat tanah di seluruh negara..so..kerja kami cumalah menyelesaikan tunggakan kerja mengikut unit mana kami diletakkan..macam saya diletakkan di unit hasil so kerja saya adalah mengutip cukai tanah tertunggak sejak dulu..kadang-kadang ada cukai tertunggak sejak tahun saya belum lahir lagi..so..bolehlah bayangkan betapa banyaknya kerja yang perlu dilakukan..kami dilantik secara kontrak selama dua tahun..dan dalam tempoh tersebut kami harus menyelesaikan 100% tunggakan tersebut..so..pada saya kalau orang kata kerja kami ni relaks je..rasanya kene la rasa dulu duduk di tempat kami..mana nak buat notis kutip cukai..notis rampas tanah..nak masuk meeting explain pd bos kenapa org xbayar cukai..nak kena buat laporan harian,mingguan, dan bulanan..dan yang paling teruk kena marah dengan orang awam kerana mintak hutang walaupun hakikatnya mmg mereka berhutang...so..berbalik pada soalan sahabat saya itu..pada saya kerja di sektor awam ataupun swasta..kedua-duanya pun ada kerja yang perlu dibuat..dan samada goyang kaki atau tidak..semua tu bergantung pada individu sendiri..kalau dah tau tanggungjawab sendiri..pastinya kite akan buat kerja kita..wallahualam..
me..lydia..pahang..malaysia..

Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku
Buang semua puisiAntara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku
Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku
me..lydia..pahang..malaysia
Sebenarnya saya mmg nak menulis entri ini pada tarikh ulangtahun kelahiran saya baru2 ini..5 jan 2008...tapi disebabkan saya demam dan hanya baring di dalam selimut..tak dapatlah saya menulis di blog saya..mm..sedar xsedar dah 25 tahun usia saya..rasa macam tua sesangat..tambahan pula..ramai kawan2 sebaya boleh dikatakan menyambut hari ulangtahun mereka selepas saya..ada juga rakan2 yang memang xlupakan tarikh tersebut..terima kasih buat yang mengingati..dan sesungguhnya memang ada seorang rakan karib yang mmg xpernah lupa untuk wish saya setiap kali ulangtahun tersebut..tahun ini saya menyambutnya dalam keadaan sakit..agak teruk la juge..sebenarnya dah hampir seminggu saya demam..demam yang berulang ditambah dengan batuk dan selsema..mmm..apa yang saya harapkan semoga Allah sentiasa merahmati setiap apa yang saya lakukan..dan juga diberi rezeki yang banyak serta kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuhi hidup saya..semoga saya tidak akan bertemu lagi dengan insan2 yang akhirnya hanya membuat saya patah hati dan terluka...dan juga semoga kesihatan saya semakin baik...buat semua rakan2..saya tidak mengharapkan hadiah yang mahal2 mahupun ucapan yang manis2..kalau ada saya berterima kasih..apa yang saya paling harapkan adalah doa dari kalian..dan saya juga akan sentiasa berdoa untuk semua rakan2 saya...sesungguhnya apa yang paling saya inginkan adalah kekuatan, ketabahan, serta kesabaran yang banyak dalam menghadapi segalanya..walaupun saya menangis..saya sentiasa berharap agar orang lain tidak nampak air mata itu dan juga semoga saya sentiasa dapat menolong orang lain dan menceriakan hari mereka...semoga Allah menghindari saya dari mereka yang hanya ingin menyakitkan saya kerana sesungguhnya saya tidak ingin lagi disakiti dan terluka untuk sekian kalinya...dan juga buat semua rakan2..semoga hidup kita semua dirahmati, dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan serta keceriaan selalu...

p/s...seronoknya saya mendengar cerita dari rakan2 yg pergi kenduri kahwin seorang rakan kami pada 5/1/08 baru2 ini..jealouslah wei..


me..lydia..pahang..malaysia
Esok kita semua akan melangkah ke tahun 2008..dan akan bermulalah lembaran baru dalam kehidupan kita semua..meninggalkan tahun 2007 dan menambahkan satu angka lagi ke dalam umur kita..mm..bermakna lagi 5 hari sahaja lagi saya akan menjangkau ke umur 25 tahun..Ya Allah..rasa macam baru je semalam sekolah lagi..alih-alih..dah nak masuk 25 tahun..huhu..tuanya...bercerita mengenai 2007..ya..pastinya ada suka dan pastinya ada kedukaan yang amat payah untuk ditafsirkan..2007 banyak memberikan kejayaan kepada saya..ye ke???mmm...dah setahun bekerja..dan duduk bersama family..ramai yang kata saya beruntung kerana dapat kerje gov dan dekat je dengan rumah..huhu..mmgla..pastu apa lagi yer..oh ye..saya dah berjaya membeli sebuah kereta..hehe..bangga la plak..dan satu lagi kejayaan yang agak besar..berjaya further study..bukannya apa..melihatkan kawan2 sume dah ada degree(yg ada master pun ramai)..so..saya rasa teramatlah jealousnye..kalaulah dulu saya xsakit lepas tamat diploma..agaknya saya dah dapat degree sekarang..but..itulah...pasti ada hikmahnya...byk la juga kenangan indah untuk dikenang..dan juga 2007 juga membuatkan hati saya parah dan teramat terluka..rasanya...kalau diikutkan hati saya..mmg sy dah xmampu nak berdiri lagi..kalaulah semua orang dapat melihat hati saya..agaknya semua orang akan kesiankan saya..(huhu..sadisnya..)agaknya saya tak pandai meluahkan apa yang terbuku di hati saya..ramai kawan2 menyatakan saya cool..maybe..mungkin sekarang saya lebih tabah dan pasrah di atas ketentuan tuhan..di luar saya ok..tapi di dalam hati saya..hanya tuhan yang tahu..apa yang saya boleh katakan hanyalah satu...rasanya jika sesiapa pun di tempat saya akan merasakan seperti saya sekarang ni..terluka pada kali kedua dengan cara yang sama..mmm..kalaulah bunuh diri tu tak berdosa agaknya saya dah xde sekarang ni..terluka..saya boleh menghadapinya..tapi terluka untuk kedua kali..dengan cara yang sama walaupun dari orang yang berbeza..rasanya..hati saya hancur berkecai..mmg saya cool..dan saya sering menjadi doctor love kepada rakan2 saya yang lain..mm..maybe saya ni seorang pendengar yang baik..(kwn2 saya kata mcm tu)..setiap hari pun ada sahaja kawan2 yang mengadu ttg masalah hati kepada saya..dan saya akan cuba mententeramkan mereka...menolong sebanyak mana yang patut...dan hanya satu harapan dan doa saya..semoga dengan menolong orang..tuhan akan menolong saya..memberikan balasan yang baik buat saya..dan sekiranya ini adalah dugaan yang amat berat untuk diri saya..saya mohon diberikan kekuatan dan ketabahan hati dalam meneruskan kehidupan saya..semoga tahun baru yang mendatang membawa sinar kebahagiaan untuk semua rakan2 saya dan pastinya untuk diri saya sendiri...Happy New Year..2008..
p/s..sedar xsedar sudah hampir 5 tahun seseorang pergi dari hidup sy..dan hanya memakan masa setahun sahaja lagi utk dia kembali..rasanya sebelum pergi dulu..mcm lama sgt 6 tahun tu...
me..lydia..pahang..malaysia...
Esok hari raya..cadangnya memula tu mmg nak cuti..tapi dek kerana banjir..cuti kami semua dibekukan..so..cuti esok je lah..esok ada korban..tapi raya haji tahun ni xseronok sangat..pasalnya..semua saudara-mara xleh balik..jalan putus sebab banjir..so tinggallah dua keluarga je yang akan beraya di rumah tok esok..dan mengorbankan lembu yang dah sedia menanti..cuaca skrg ni dah cerah...pagi tadi ujan..pastu cerah..tapi dijangkakan hari jumaat ni akan berlaku banjir gelombang kedua di pahang ni..rasanya kalau memang terjadi..banjir besar akan melanda pekan..sekarang ni pun air dah masuk ke bandar...memandangkan saudara-mara xdapat balik beraya..so kuranglah sikit makanan yang nak disediakan..anyway selamat hari raya..ampun dan maaf dipinta..

p/s..banyak2lah berdoa semoga banjir cepat reda..kesian mangsa2 banjir...

me..lydia..pahang..malaysia..
Sesungguhnya haTi saya meronTA-Ronta unTuk menGupdaTe blOg Saya dalam tempoh Dua Tiga haRi yanG lePAs...Tetapi..apakan daya...chewah...kerja bertImbun-timbun..lagipun...baru Je daPat sIapkan Assigmen saya...Bercakap tentanG assIgmeN..SepatutnyA ketikA saya menulis Entri ini..saya sedang BeradA di Kelas BersamA kaWAn2 Saya dan menduduKi ujian PerTengahAn semesTer di KL.. TetaPI akibat banjir yang meLAnda..makA xdApatlah Saya pergi..Nak ke KuanTAn Pun taKde JAlan nak Lalu..inikAn pula nAK ke KL..terpAksalAh sayA menaNgguhkan ujian sayA...Rasanya banyaK sungguh DugaaN yang HARus dilalUI oleh saya untuk menYambung PelajarAn saya ini..SeLAin darIpada baNyak menGGunAKan Wang Ringgit..TerPAksa Pula menahAn telInga MendenGar pelBagai KAta2 dari rakaN sekErja(aGaknya MerEka jealoUskan Saya kot...)Mana tidaknYa ..meREka Kata sayA membAzir..kEranA susah-SusaH nak menyambuNg pelaJaran saya..Saya Pun peliK dengan perangai mnausIa ni..ada Aje yanG tidaK kena Di Mata merEka..But For me..apapun Orang Nak kata..terPulang..muluT masinG2..Asalkan Sy teTaap menerUskan Usaha Dan ciTA-cita saya...waaa RinDunya Nk ke kelas..seteLAh dua Kali kelAs saya RAsa seronok Pula dengaN kelas saya dan Raakan-rakan Saya.. :) Banjir pula nampaknya semakin Buruk..TerPAksaLAh xbergerAk ke manA-mana pun MinggU ni...
me..Lydia...Pahang..Malaysia...
telah lama ku pendam rindu dalam diamku..
menantikan ucapan mesra darimu..
hingga kini kau membisu seribu kata..
mata bertentang mata..
oh ku gelisah..
kini kau berjauhan..
seribu perjalanan..
hati merintih sedih..
tiada berair mata..
kian ingin kau kulupakan..
kian kau ku rindui..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
hidupku kian hampa..
semenjak perpisahan..
hilang tanpa berita..
rindu padamu jua..
di mana ku cari ganti..
serupa denganmu..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
kesal bertahun lama..
kerna kau tiada..
telah bertahun lama..
kau ku rindukan..
me..lydia..21-11-2007..3.30pm..pahang..malaysia..
Saya memang meminati bidang sastera semenjak zaman persekolahan..Sehinggakan saya pernah memilih untuk berada di kelas sastera ketika di tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, namun begitu keinginan saya tidak tercapai..Buku-buku bacaan yang ada dalam koleksi saya sememangnya banyak yang menjurus kepada kesusasteraan..puisi dan juga novel2 yang bahasanya berbunga-bunga(mengikut kata kwn2 sy)..Tapi itu memang dah minat saya..Namun begitu..apabila saya memasuki MRSM Kota Putra...saya dah kurang membaca bahan2 sebegitu..minat masih ada, tapi kerana dah memasuki aliran sains..sy terpaksa lebihkan buku2 sains..kemudian apabila saya masuk ke alam kampus saya semakin sibuk dengan pelajaran saya..walaupun saya masih juga membaca buku2 sastera..namun begitu apa yang pasti saya dah meninggalkan minat saya dalam bidang penulisan..saya sudah tidak lagi menulis sajak dan puisi yang saya gemari..tambahan belajar di dalam bidang kejuruteraan membuatkan saya tidak perlu menulis artikel yang panjang lebar..assignment pun tidak memerlukan ayat yang berjela-jela dengan lenggok bahasa yang betul..sehingga saya tamat pengajian dan bekerja sekarang..sesekali mmg ada juga saya menulis sajak...tapi saya rasakan otak saya semakin beku kerana sudah lama tidak menulis...dan baru2 ini saya telah mendaftar untuk melanjutkan study saya secara jarak jauh..kerana sayangkan kerja, saya bercadang belajar secara pjj..disebabkan saya memang bekerja di sektor awam..maka saya mengambil keputusan untuk mempelajari bidang tersebut..pengurusan awam...so...apabila menerima assignment pertama saya..saya begitu terperanjat dan termenung seketika..saya perlu membuat ulasan jurnal..sy mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan ulasan yang hanya memerlukan 5 muka surat tersebut..kalau dulu saya boleh menulis sesuatu artikel yang lebih kurang sama denagn apa yang saya buat sekarang dalam masa 2 hari...mungkin kerana terlalu lama meninggalkan bidang yang saya minati ini menyebabkan saya sukar mencari idea untuk menulis..dan mulai sekarang..saya perlu menulis dan menulis..kerana saya telah menceburi bidang yang banyak memerlukan saya menulis..but..setelah assignment saya yang pertama siap..saya begitu excited kerana saya begitu puashati dgn hasil kerja saya :)

me..lydia..14-11-07...9.20 am..pahang..malaysia...
Setinggi seluas gunung dan lautan...
Sejuta harapan dipertaruhkan..
Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan...

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam..
Di dalam keberanian terusik jua perasaan..
Tiada hentinya memanjangkan doa..
Semoga jiwa ini terus tabah..
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara..
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa...


Tak rela kuturutkan hati..
Menyesali apa terjadi..
Andainya begitu suratan yang tertulis di azali..
Biarlah walaupun ku sepi..
Sedih pedih dikhianati..
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini..

Beronak berliku jalan kulalui..
Selagi berupaya ku teruskan..

lydia...4.33pm..malaysia..pahang...
Hari berganti hari..minGgu berganti minGgu..sedar tak Sedar tinggal sehari sahaja Lagi bulan Ramadhan..maknanya lusa kita semua akan beraya..saya akan mula bercuti mulai esok hari..namun begitu..hanya badan sahaja di office..sedangkan fikiran berada di rumah..dengan suasana pejabat yang meriah dgn lagu2 raya..dan Juga keadaan pejabat yg agak kurang penGunjunGnya..memanglah membuatkan fikiran melayang-layang..tahun ini..hari raya memang berbeza..tambah2 pula kerana perginya bapa saudara baru2 ini..memanglah lain rasanya..oklah..di kesempetan ini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari raya buat semua..mohon maaf atas semua kesalahan..dan buat teman2 yang tahu di mana rumah saya..jemputlah ke rumah..

me..lydia..3.45pm..pahang..malaysia..