The best of men are those who bring good to other people..
Al~Hadith(Narrated by Al-Qudhi)
me..lydia..pahang..malaysia..
Beberapa hari telah berlalu barulah saya dapat mencuri sedikit masa untuk manaip sesuatu mengenai ibu sempena Hari Ibu yang telah berlalu..saya sukakan satu sajak daripada Allahyarham Usman Awang..memang tersentuh hati membacanya..buat semua pembaca sekalian..hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada dan bahagiakan mereka selagi kita termampu untuk berbuat demikian..terfikir juga di dalam hati..agak2nya adakah anak2 yang sudah melupakan ibu bapa mereka dan tidak pulang menjenguk mereka di kampung tidak mempunyai perasaan?Janganlah kita semua termasuk di dalam golongan sedemikian hendaknya..

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalalm kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.


p/s..selamat hari ibu buat ibu tersayang dan juga semua ibu2 dan juga bakal2 ibu..khas untuk Kak Noor..Happy Mother's Day..mesti dah lain kan tahun ni sebab ada Insyirah.. :)

me..lydia..pahang..malaysia..
Name Tag: Lydia Binti Abdul Rani
Tagged by: Amelia Wong Binti Azman

The Rules :

1. Each blogger must post these rules first.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.

3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.

4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.

Huhu..entah kenapa lah malas sangat nak menulis sekarang ni..agaknya sebab banyak sangat kerja+assignment yang nak kene buat so rasa nak mengupdate blog tu teramatlah malas..sedar2..ada lak tag from my lovely sis ni..Insyirah's Ummi...hehe..for u Kak Noor(only me kot yang panggil nama ni...)..here they are..puas lak nak memikirkan jawapannya...
Fact 1..

This one is same with u kak Elly...i love cats a lot...right now...rasanya ada 11 ekor kot my cats...xpasti la jumlah yang tepat...pasalnya my cats semua abah dah letakkan di kebun sawit die..di mana terdapat pondok untuk mereka berteduh...and me as their 'mom' dah lama x ke kebun..cume membekalkan makanan yang secukupnya dan everyday my beloved abah akan hantar ke kebun die huhu...(cats kene pindah ke kebun sebab my whole family xsuke sgt dgn kucing2 ni..sedih..)

Fact 2..

Saya adalah seorang yang sangat bersifat keibuan..huhu...bukan promote diri..but..it's true..walaupun saya selalunya dikatakan garang oleh member2 yang lain...but..bile dgn budak2 kecik..mmg cair..sampaikan anak2 sedaraku yang berdua tu mmg xleh berenggang dengan saya..dah macam anak sendiri lak..
Fact 3..
Saya seorang yang gemar memasak..huhu..walaupun still xleh challence masakan mak...but byklah juga petua2 yang telah diturunkan kepadaku..kalau hari2 cuti dan seharian tidak bekerja...pasti ada aktiviti masakan yang akan diadakan..saya suka tgk rancangan memasak dan juga melayari website2 yang mengandungi pelbagai resepi..biasanya juri yang akan bagi komen dan juga markah terhadap hasil masakan saya adalah x lain x bukan my lovely dad..huhu..

Fact 4..
Saya tidak gemar memakan buah2an..boleh dikatakan hanya buah ciku yang saya suka makan..so..my parents biasanya xterkilan lah jika saya tiada di rumah ketika musim buah2an..saya juga tidak makan seafood..walaupun abah saya seorang nelayan..dan selalu bawa balik udang..ketam..etc..tetapi makanan2 tersebut hanya dijeling oleh mataku ini..satu2nya hidupan laut yang saya suka makan adalah ikan..boleh dikatakan semua jenis ikan..either ikan laut or ikan sungai..wah..teringat lak pada ikan toman...huhu..best..

Fact 5..

Lagi satu fact pasal makan...saya tidak gemar makan chocolate bar..bukan xmakan langsung but bukan my favourite la chocolate macam cadbury ke..but..i love makanan2 yang diperbuat dari chocolate..especially chocolate ice cream..yummy..my fav tu..chocolate cake..cookies..and etc yang mempunyai campuran chocolate di dalamnya..huhu..pelik sungguh seleraku ini...

Fact 6..

Saya suka menonton cerita kartun..especially doraemon and pingu..kartun2 yg comel2 la..mcm bob the builder ker..tom n jerry..pooh..saya suka baca komik2 kartun..tentunya doraemon..dan juga saya lebih suka membaca majalah kartun seperti UJANG daripada majalah2 hiburan...my mom selalu cakap..dah besar pun kalau tengok tv still mengadap kartun je..hehe..mmg selalunya tidak ketinggalan cerita kartun DORAEMON ku itu..

Fact 7..

Ketika saya tidur pasti tidak akan lengkap tanpa selimut..biasanya saya akan berselimut rapi..walaupun di tengahari..seringkali mak tersalah sangka ingatkan saya demam..but lama2 die perasanlah akan habit anak dara die yang seorang ni..memang kalau saya tidur wajib ada selimut!kalau tak susah sikit nak tido..

Fact 8..

I'm not very good in math and also art...saya lebih pandai dalam bidang sains dan bahasa..huhu...saya lebih gemarkan bahasa sastera yang berbunga2..sajak..and etc..dalam banyak2 koleksi novel saya pun masih ada juga buku2 sastera..saya juga sukakan bahan bacaan yang berunsurkan sejarah..memang suka sangat2..tak dapatlah dijelaskan sebab dan munasababnya..

That's it..8 facts..huhu..apesal macam banyak pasal makanan..whateverla..saya memang suka masak dan suka makan pun..rasa2 macam ada lagi tapi nak 8 je kan..so..ni la masa yang menyeronokkan...time mengenakan orang..tapi kan..selepas dicongak2 dan ditolak dan ditambah..ramai yang dah buat la tag ni..so hanyalah tinggal 2 orang je yg saya boleh tag..huhu...aci la ek kak elly..orang2 yang bertuah adalah:
1. Mala..
2. Ima..
Huhu..selamat menjawab...
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian...

Dah lama juga mendiamkan diri dari blog rupanya..seketika terdetik di hati untuk menulis berkaitan perkara ini..memandangkan pelbagai perkara yang sering terjadi di sekeliling, saya merasakan perlunya muhasabbah diri sendiri di dalam menjalani kehidupan seharian..

Sesungguhnya memang benar hidup ini diibaratkan seperti roda..sebentar kita di atas dan seketika pula kita akan berada di bawah..untuk itu kita mesti sering mengingatkan dan menginsafkan diri kita dengan setiap keadaan dan perbuatan yang sering kita lakukan..

Selalu kita mendengar cerita2 mengenai orang yang sering berada di tahap yang selesa di dalam kehidupan tetapi dalam sekelip mata juga boleh menjadi daif dan sebagainya..begitu juga kita sering terdengar mengenai orang2 yang miskin dan menjadi kaya dengan tiba2..di sini mengingatkan saya akan cerita Ahmad Albab olahan seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..kisah yang menunjukkan contoh mengenai perkara di atas di mana si miskin berubah menjadi kaya dengan tiba2..

Namun begitu segala sesuatu yang berlaku adalah qada' dan qadar-Nya..justeru itu kita sebagai umat Islam seharusnya redha dan tabah di atas segala ketentuan-Nya..sering kali kita merasakan bahawa kita tidak layak mendapat seperti apa yang ditetapkan kerana merasakan semua itu tidak berbaloi..namun sesungguhnya kita tidak mengetahui segala apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..maka dengan itu kita harus sentiasa redha dan sabar dia atas segala sesuatu..

Walau apapun yang sedang berlaku dan akan berlaku...kita sememangnya harus sedar dan akur dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh-Nya..Sebagai individu yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad kita memang harus sentiasa bersedia dengan segala dugaan dari tuhan pencpita alam..Akhir kata sesungguhnya Hidup Ini Umpama Roda..justeru itu kita harus senantiasa bersedia akan segala keadaan yang akan sentiasa berubah di dalam kehidupan kita samada perkara gembira yang bakal mendatang mahupun perkhabaran yang kurang baik akan menghampiri kita..wallahualam..


me..lydia..pahang..malaysia..

Seketika ketika merambu ke blog Mala..terasa nak copy la plak entri cik mala ni...sorry ye..xmintak izin lak dengan tuan punya...

What Lydia Means
You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.
Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.
You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.
You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.
You are powerful and competent, especially in the workplace.
People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.
me..lydia..pahang..malaysia..
Salah satu lagu kegemaran saya..kawan2 ckp saya ni jiwang..hehe..sebenarnya saya layan semua jenis muzik...asalkan melodi dan liriknya sedap didengar..dan sebenarnya my favourite music is rock..bila ckp saya suka rock..ramai lak yang kata xsesuai dengan saya..mm..maybe dipengaruhi oleh 3 orang abang...so semasa membesar saya lebih banyak mendengar lagu2 rock..especially kumpulan search, wings..dan kumpulan luar negara kegemaran saya..of course..scorpions..

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu


me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sekian lama rupanya saya tidak mengupdate blog saya..sememangnya kesibukan kerja menghalang saya untuk melakukan rutin tersebut..tambahan pula saya tidak mempunyai idea yang menarik untuk dikongsi kerana terlalu banyak perkara2 penting untuk difikirkan..ya..selepas trip ke pangkor dibatalkan...saya terus kembali fokus sepenuhnya pada kerja dan membuang mood cuti saya..nak buat macam mana kan..kita merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya..dan selepas 8 tahun tidak berjumpa dgn rakan2 seperjuangan ketika di kota putra dulu...nampaknya terpaksalah saya terus menunggu lagi..oh ya..kembali kepada topik di atas..saya sememangnya mempunyai masalah untuk mengecam suara..melainkan suara2 org yang biasa dengan saya..kebiasaan yang berlaku adalah saya tidak dapat mengenalpasti suara org yang bercakap dengan saya di telefon..selalu terjadi apabila rakan2 lama menghubungi saya dan suruh saya meneka siapakah mereka...akhirnya mereka sendiri yang terpaksa memperkenalkan diri mereka...dan selalunya tuduhan yang akan didengar oleh saya ialah saya telah melupakan mereka..bukan sudah lupa..tapi memang itu tidak boleh dielak..mungkin kerana sudah jarang bertemu membuatkan saya rasa sedikit asing kot dengan suara rakan2..hehe...dan yang agak peliknya pula bagi saya..kebanyakan rakan2 saya memang boleh mengecam suara saya..agaknya suara saya memang tidak pernah berubah kot..so..xdapatlah saya nak menyamar bile menelefon kawan2 saya...sebenarnya saya sedang mengantuk..dan seketika tadi bos saya menelefon dan bertanyakan rakan sekerja saya...saya pula yang tidak mengecam suara bos saya tersebut terus menyatakan bahawa rakan saya sedang berjumpa dengan beliau..hehe..dah kantoi lak nak cover member..maka disebabkan kejadian yang tak disangka itulah terkeluarnya entri ini..buat pembaca2 sekalian..layan je la repekan ini...apa2 pun...semoga hidup kita semua sentiasa diberkati oleh-Nya...

" Be the best in the eyes of Allah, be the most humble in your own eyes and be a good example in the eyes of others."
~Ali bin Abi Thalib~
me..lydia..pahang..malaysia..
mmm..xde idea nak tulis..layan je la gambar2 ni..an incredible views after ice rain in South China..cantik..



me..lydia..pahang..malaysia...
Semalam..8.3.08..menyaksikan malaysia mengadakan pilihanraya umum yang ke-12..well..election yang amat menarik..maybe kerana faktor usia..sebelum ini sy kurang berminat untuk mengikuti pilihanraya yang diadakan..(walaupun hakikatnya sy mmg berminat di dlm politik)..mungkin kerana usia yang sudah meningkat dewasa dan mungkin juga kerana buat pertama kali saya boleh mengundi..so..untuk pilihanraya kali ini sememangnya saya tidak ketinggalan untuk mengikuti segalanya..semenjak hari pernamaan calon..kempen..sehinggalah hari mengundi..sesungguhnya saya amat terkejut dengan keputusan pilihanraya yang diadakan semalam..saya menuggu sehingga pukul 2am untuk mengetahui keputusannya..mata yang dah terlalu letih membuatkan sy tidak mampu lagi untuk berjaga sehingga habis..dan saya hanya sempat menyaksikan penang, kedah dan seperti biasa kelantan jatuh ke tangan pembangkang..ya..saya pro-kerajaan...memandangkan saya dari family yang pro-kerajaan..so sememangnya saya mewarisi minat ayah saya ke arah tersebut..apa yang paling mmebuatkan saya sedih ialah apabila mengetahui D S Shahrizat Jalil kalah kepada NUrul Izzah..satu kemenangan yang agak tidak terduga oleh akal fikiran saya..kemudian seketika selepas itu.mata saya asyik menangkap kemenangan yang bertalu2 dari pihak DAP di Pulau Pinang..seketika itu hati sy terdetik akan kekalahan yang bakal dihadapi di negeri tersebut..dan selepas itu Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan pembangkang..ketika itu hati sy sudah terlalu berdebar2 memikirkan nasib menteri di daerah saya..D S JAmaludin Jarjis...kerana ketika itu saya sudah menyaksikan banyak kejatuhan menteri2 kabinet..samy vellu,shahrizat jalil,koh tsu koon,zainuddin maidin..M.Kayveas..apa yang ada di dalam fikiran saya adalah DS JJ sudah kalah juga di tangan PAS..kebimbangan saya bertambah apabila ayah sy yang pergi menyaksikan pengiraan undi belum lagi menelefon saya untuk memberikan khabar gembira...akibat tidak sabar menuggu..saya menelefonnya untuk mengetahui perkembangan semasa di daerah saya ini..dan Alhamdulillah..DS JJ menang dengan majoriti yang besar..saya berasa lega kerana tempat sy masih lagi selamat di tangan BN..kemudiannya sememangnya hati sentiasa berada dlm keadaan yg tdk tenteram apabila menyaksikan kemenangan yang tidak tersangka2 oleh pembangkang seperti di Johor yang dikatakan kubu kuat BN..dan juga ketika itu di kedah dan perak juga menyaksikan kekalahan parti yang disokong oleh saya..saya cuma berasa lega apabila DS Najib diumumkan menang dan juga Pahang diumumkan masih milik BN..sekurang2nya pembangkang belum lagi menembusi negeri saya..dan juga hati saya menjadi teramat lega apabila kemenangan Pak Lah diumumkan..apa yang paling mengejutkan saya adalah kekalahan Selangor di tangan pembangkang..saya mengikuti ulasan penganalisa politik..(one of them is my lecturer..prof attory hussain.. :))..dan sememangnya banyak daripada pendapat mereka yang saya persetujui..oklah..saya sebenarnya tidak berniat untuk menulis sesuatu yg berbaur politik..sekadar menyuarakan rasa hati..buat kawan2 yg tidak sealiran dengan saya...apapun..walau berlainan parti kita masih lagi berkawan dan silaturrahim yang dijalinkan tidak akan tergugat hanya kerna sentimen politik... :))
me..lydia..pahang..malaysia...
'Aku Di Dalam Dilema..'apesal ek pilih tajuk ni..rasa2nya memang berada di dalam dilema..well..hari selasa yang bebaru ni..dalam waktu2 tgh tu tetibe je dapat fax dari PTG untuk pergi meeting di Jerantut pada pukul 5.30pm hari yang sama..so..saya pun pergilah meeting tersebut bersama2 bos dengan menaiki kenderaan jabatan..perjalanan yang agak jauh..pukul 12.45pm bertolak...sampai di Pej Daerah & Tanah Jerantut pada pukul lima..mesyuarat bermula pukul 6.30pm dan berakhir hampir2 pukul 8.00pm..disebabkan masih banyak kerja2 yang berkaitan dengan PRU 12 masih perlu dilakukan..kami bertolak pulang pada malam itu juga..hampir pukul 1am barulah saya tiba di rumah..penatnya..tuhan aje yang tahu..walaupun sebagai rakyat Pahang..inilah pertama kali saya menjejaki kaki ke daerah Jerantut..punyalah jauh..rasanya sepanjang saya mula bekerja inilah baru pertama kali saya melalui hari yang memang meletihkan..perjalanan yang jauh dan juga mesyuarat yang sangat2 penting..membincangkan hal2 sasaran kerja..mujurlah juga saya dan bos saya memilih untuk pergi ke meeting tersebut kerana agendanya sgt penting untuk kami ketahui..kalau xpergi memang susah lah jugak...(mulanya bercadang xpergi krn byk kerja PRU dan juga kerana meeting tersebut meeting tergempar)..So..berikutan daripada meeting tersebut..pasukan kerja saya kini dimestikan round setiap daerah di dalam negeri pahang ni untuk menyelesaikan tunggakan kerja..waahh..maknanya lepas ni saya xduduk diamlah..kene turun daerah2 yang dijadualkan..stay 2 minggu..kemudian pergi pula ke daerah yang lain...so..apa yang membuatkan saya resah dan juga berada di dalam dilema ialah..kerana jadual kerja saya bertembung dengan jadual reunion saya bersama rakan2 di pulau pangkor..waa...nak pergi pangkor..punyalah lama merancang nak ke sana..last2 minute..bertembung lak dengan kerja..mmm...terpaksalah pentingkan kerja..resort di pulau pangkor pun dah dibooking dan memang menunggu masa je untuk ke sana..memang agak kecewa kalau xdapat pergi..sudahlah puas memujuk parents baru diorang bagi pergi..pastu last2 minute mcm ni ada lak urusan negara..adoi..sedihnya..kawan saya fizz pun ckp dia tak boleh pegi..masing2 ada urusan kerja..tapi saya berharap pihak PTG menangguhkan dulu tarikh tersebut..kerana kalau diikutkan meeting baru2 ini masih banyak lagi perkara yang perlu settle sebelum boleh memulakan operasai untuk menjelajah daerah..hihi..so..harap2 masih adalah peluang saya untuk ke pangkor bersama rakan2..