Saya sangat sibuk semenjak beberapa minggu yang lepas..menyiapkan assignment, kerja, dan juga study untuk exam mid term....exam mid term dah lepas, assignment dah hantar, tinggal sikit je lagi...so..hari ni baru ada masa nak update blog..kali ni saya ingin berbicara tentang cinta..chewah..
Mencintai dan dicintai...Kedua2nya memberikan makna yang mendalam bagi orang yang mengalaminya..kedua2nya memberikan perasaan yang berbeza kepada orang yang merasainya..Kata orang kalau hendak bercinta, pilihlah orang yang mencintai kita lebih dari kita mencintainya..pada saya perkara ini ada benarnya..tapi itu bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan ditinggalkan oleh orang yang betul-betul menyayangi kita..
For me, apabila kita meletakkan hati kepada seseorang, kita juga harus bersedia untuk dia melukakan hati kita..kenapa begitu ya..kerana perpisahan itu boleh terjadi dengan pelbagai sebab dan cara, juga pada bila-bila masa sahaja..hati manusia ni sekelip mata je boleh berubah...kalau bukan hati kita yang berubah, mungkin pasangan kita yang akan berubah..so rasanya bila dah bercinta tu, memanglah kita mungkin akan menempuhi perpisahan..tapi ada juga yang berjaya bersama hingga ke akhir hayat..
Di dalam percintaan juga seharusnya tiada paksaan.. Saya rasa cinta yang wujud akibat paksaan ini tidak akan kekal lama..Samaada kita memaksa hati untuk menyayangi orang lain ataupun memaksa orang lain untuk menyayangi kita..Pada saya, jika sememangnya tidak wujud rasa sayang kita pada seseorang, lebih baik berterus-terang...dari membiarkan masa berlalu, lebih baik rasanya semua tu diluahkan secepat mungkin..semakin lama kita mengambil masa untuk berterus-terang, semakin dalam luka orang yang dikecewakan nanti..
Saya menulis di atas pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling...walau bagaimanapun pengalaman yang kita semua rasakan, semuanya itu mengajar kita menjadi lebih matang lagi..apapun cinta yang paling utama pastinya kepada Allah S.W.T..namun begitu, sudah lumrah dunia, setiap insan yang bernyawa pastinya inginkan seseorang di sisi mereka..walau sedalam manapun luka yang pernah dirasakan, pasti akan tiba saatnya luka itu disembuhkan oleh pasangan yang telah diciptakan untuk kita..semoga setiap seorang dari kita akan terus berbahagia dengan rasa cinta yang mendalam untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..dan juga semoga kekecewaan hari ini akan memberikan kebahagiaan untuk hari esok..
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
Alhamdulillah..saya sempat menyaksikan fenomena yang unik ini di depan mata saya sendiri..Subhanallah..memang cantik..nampak macam bulan tu senyum kat kita..Besarnya Kekuasaan Allah S.W.T..gambar ni saya ambil dari dalam akhbar Berita Harian..masa tengok tu cuba gak ambil gambar..tapi x berapa clear mcm gambar ni..cantik sgt..xdapat digambarkan rasanya..kalau ikutkan keterangan dlm akhbar tu..bintang yg di atas bulan tersebut adalah Planet Musytari dan Zuhrah..Kejadian ni berlaku 5 tahun sekali..so 5 tahun dari sekarang InsyaAllah kalau masih ada bolehlah tgk lagi..:)
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya memohon kemaafan andainya coretan saya ini melukakan hati sesiapa...bukan untuk membanggakan diri saya..namun hanyalah untuk saling mengingati diri saya terutamanya dan juga teman-teman..Saya ingin memberikan satu situasi..begini..katakan ada sekumpulan wanita sedang berkumpul, seramai 6 orang..4 daripadanya adalah isteri orang sementara yang 2 lagi belum berkahwin..di satu sudut yang lain pula ada seorang lagi gadis sedang duduk di mejanya membuat kerja sendiri tanpa memperdulikan kumpulan perbincangan tersebut..ok..sekarang saya ingin menceritakan pula apa yang sedang diceritakan oleh kumpulan tersebut..mereka sedang bercerita mengenai cerita 18sx..rasanya anda semua faham apa yang saya nyatakan..bukan itu sahaja, isteri2 orang tersebut bercerita mengenai 'kisah hubungan' dengan suami mereka..gadis tersebut tidak masuk campur di dalam perbincangan mereka..oleh sebab itu si gadis dikatakan sombong dan tidak mahu bercampur..dan lebih teruk lagi...si gadis dikatakan sombong kerana belajar tinggi, dan tidak mahu bercampur dengan mereka...persoalan saya sekarang..apakah salah perkara yang dilakukan oleh gadis tersebut???apakah salah sekiranya gadis tersebut tidak ingin mendengar kisah2 alam rumahtangga yang diceritakan itu???sebenarnya apa yang saya ceritakan itu adalah kisah saya..dan inilah dilema yang sedang saya hadapi di tempat kerja saya sekarang..hanya kerana tidak mahu campur di dalam perkara2 sedemikian, saya dilabel dengan bermacam perkataan..saya sendiri tidak faham dan tidak tahu mana satu yang harus saya buat...pertahankan pendirian saya ataupun join mereka supaya tidak lagi dikatakan sombong..saya juga tidak mengerti mengapa isteri2 orang tersebut boleh bercerita mengenai kisah mereka sedangkan semua itu berdosa..apakah mereka tidak tahu ataupun sudah menjadi kebiasaannya mereka begitu??bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa..malahan saya juga sebenarnya kurang gemar untuk menyiarkan kisah sebegini di dalam blog saya ini..bukan juga nak menunjuk alim..sekadar meluahkan rasa hati kerana apa yang berlaku sebenarnya agak mengganggu kehidupan saya..mengganggu emosi saya..mencuit hati saya..ada hari2 nya saya menangis mengenangkan apa yang sedang berlaku..ada hari2 nya pula saya boleh bersikap seperti tiada apa yang berlaku..namun demikian, saya seorang wanita yang sangat beremosi..maka kadangkala saya tidak dapat berfikiran dengan matang dalam menghadapi semua ini...dipulaukan oleh rakan2 sekerja hanya kerana tidak mahu mendengar cerita2 yang tidak sepatutnya..namun demikian saya tahu...saya harus pertahankan pendirian saya..saya harus pekakkan sahaja telinga dan terus membuat kerja saya..kerana saya pasti ini hanyalah keadaan sementara sahaja..dan saya berdoa semoga Allah senatiasa memberikan hidayah untuk kita semua...Wallahuallam.. :) Oh ya..saya juga teringat petikan sajak yang saya ambil dari seorang rakan lama saya..memang mendalam maksudnya..
It takes courage
To refrain from gossip
When others delight in it,
To stand up for the absent person
Who is being abused.
Saya terjumpa satu artikel yang saya rasa meruntun jiwa saya ketika membacanya...
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…
me..lydia..pahang..malaysia..
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kekuatan..
seperti mana telah Kau berikan...
kepada kekasih Mu yang Satu..
tika Beliau dihujani kebencian..
Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon...
berikan daku ketabahan hati dan perasaan..
sepertimana yang Dikau berikan...
kepada para wali Mu yang berjuang..
menyebarkan kebenaran...
Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kecekalan menahan sindiran..
sepertimana yang Dikau berikan..
kepada mereka yang sentiasa tersenyum dalam kepahitan...
Dan tuhanku,
hanya kepada Mu ku bermohon...
Kau berikan daku kekuatan, ketabahan dan kecekalan...
dalam menempuhi hidup yang penuh ujian...
Juga ku merayu kepada Mu ya tuhanku..
moga daku bisa mengurangi gugurnya air mataku ini...
kerna menangisi nasib diri..
namun moga daku bisa menangisi...
akan kerdilnya diriku di sisi Mu..
gambar penulis sedang posing dekat meja yang penuh kuih raya.. :)
satay yang best..nyam..nyam...
aneka jenis kuih raya..
Ini ialah BISKUT DALTIN..saje je promote sebab ramai gak yang xkenal biskut ni...
yang ni lak memang nak promote...kuih raya yang dibawa khas dari rumah penulis..hehehe..
akhir sekali..pencuci mulut...
opps...ada lagi..'anak-anakku' posing di pagi raya..tiada kaitan dengan cerita di atas..
* Jam tangan yang pertama di cipta oleh Loius Cartier pada tahun 1904.
* Sesebuah lautan yang mempunyai kedalaman 6000 meter mempunyai risiko untuk
membentuk tsunami tanpa sebarang isyarat dengan kelajuan 800 km per jam.
* Permainan yoyo diperkenalkan oleh Donald F.Duncan pada tahun 1929, ianya diilhamkan
daripada senjata yang digunakan oleh golongan pemburu di Filipina pada abad ke 16.
* Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria didalam
setitik air.
* Lagenda tinju dunia Muhammad Ali atau nama sebanar nya Cassius Clay pernah beraksi di
Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1 Julai 1975 menentang juara eropah Joe Bugner buat
pertama kali nya.
* Terdapat 20,000 jenih lebah, tetapi hanya 4 spesis daripadanya yang menghasilkan madu.
* Secara purata nya lalat terbang pada kelajuan 4 batu sejam.
* Gunting yang kita gunakan pada hari ini adalah ciptaan Leonardo Da Vinci.
* Pasangan adik-beradik, Razif dan Jailani Sidek merupakn pemenang pingat Olimpik pertama
negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada tahun 1992 di Barcelona.
* World Cup 1930 diadakan di Uruguay, negara tersebut dinobatkan sebagai juara apabila
berjaya menewaskan Argentina, 4-2 pada perlawanan akhir selepas ketinggalan 2-1 pada
separuh masa pertama.Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para
penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.
* Benda yang sentiasa dibawa oleh Napoleon semasa kempen ketenteraannya ialah
coklat.
* Aktiviti penulisan dan lukisan oleh Leonarda Da Vinci menggunakan tangan yang berbeza
untuk kedua-dua aktiviti tersebut serentak.
* Seekor gajah mampu menghidu bau buah yang masak ranum sejauh 20 kilometer.
* Semasa kematian Alexandar Graham Bell pada tahun 1922, perkhidmatan telefon bagi negara
Amerika dan Kanada telah dihentikan selama satu minit.
* Tiram boleh menggubah jantinanya sendiri bergantung kepada apa yang terbaik untuk proses
mengawan.


