Nak upDAte bloG..Tapi Rasa mAlas sgt nak Tulis...LagIPun..ByK sgt KejE naK buaT..sO..bilE sayA dapaT Email ni..sy PUn copY n Paste Ajelah..Untuk rEnungan SahabAt2 seMua Juga Untuk diri senDiRi..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Peringatan ini aku terima dari sahabatku yang prihatin pada diriku.Terima kasih sahabatku yang memperingati diriku......












....someone give this to me..and i want to share with all of you...May Allah bless us always..


mm...dah lama saya tak update blog saya..yg lucunya..selain sibuk dgn kerja, sebenarnya saya tak boleh buka blog saya sendiri..puas juga saya cuba buka..akhirnya baru hari ini saya dapat..well..org yang tak pandai it mcm saya ni..terpaksalah belajar dari member2..nasib baik kwn2 mmg yang jenis suka membantu..ok..berbalik pada topik di atas..memandangkan dah masuk bulan yang mulia ni..saya mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam..semoga kita semua menjalani ibadah dengan penuh sabar dan mendapat keberkatan daripada-Nya...rasa macam baru lagi kita beraya..dah masuk bulan Ramadhan pula..well..tahun ni first time saya berpuasa dalam keadaan saya bekerja(maklumlah..sebelum ni melepak je kat rumah)..so tahun ni lain la pula aktiviti saya..kurang masa di rumah..tinggallah mak saya seorang..tapi kuih raya mesti kene buat juga...sekurang2nya..kalau tak buat biskut pun..kek memang dah wajib saya kene buat..saya sebenarnya tak pernah merasa berpuasa di rumah sewa..bersama kawan2..masak bersama..sebabnya sepanjang 3 tahun di universiti pun saya tinggal di asrama..tak de can pun saya nak memasak..kat rumah..biasala..tlg je la mak masak..tapi saya memang minat memasak..so mmg adalah juga yg saya masak..walaupun abah selalu cakap tak sedap..ye lah..mak saya memang pandai masak..anak die ni xcukup ilmu lagi...tahun ni saya dah mula bekerja..so..secara automatiknya..itu adalah berita gembira buat semua anak2 sedara..anak2 sepupu..dan adik2 sepupu kesayangan saya..sebabnya..belum start puasa pun lagi semua dah minta duit raya..dan sy pun mmg dh janji saya akn up duit raya diorang..(dulu2 bagi gak..tapi sikit jer..)..oklah..Akhir kata..Selamat berpuasa..dan buat semua rakan2 tersayang..mohon maaf atas segala kesalahan selama ini..bilelah dapat jumpe ek..dah bertahun kite tak jumpe...rindu tul.. (",)
Jalur Gemilang dah kelihatan di mana-mana..di serata tempat pun boleh nampak Jalur Gemilang..Maklumlah esok dah nak sambut hari merdeka..Setiap kali saya melihat bendera Malaysia berkibar pada bulan Ogos, saya sering tertanya-tanya..mengapa hanya pada bulan ini sahaja kita perlu kibarkan bendera?Kenapa tidak sepanjang masa perlu kita lekatkan bendera di kereta2 kita..apakah sebabnya kita perlu mengibarkan bendera?Kononnya untuk menunjukkan semangat patriotik..kalau tak kibarkan bendera..tak patriotikkah kita..Lantas kalau begitu..sebelum bulan Ogos tiba, kita tiada semangat patriotik lah..Kalau bendera yang menjadi ukuran, rasanya tepatlah kalau saya berkata begitu..tapi sebenarnya semangat patriotik itu ada di dalam diri kita sendiri walaupun tanpa kibaran bendera..Kerana sebagai rakyat yang sayangkan negara pastinya kita mempunyai semangat tersebut..So..tahun ini sudah 50 tahun kita merdeka..satu jangka masa yang lama..dan kita seharusnya bersyukur dengan segala kemajuan yang dicapai dalam negara kita yang bertuah ini..bersyukur kerana dilahirkan dalam negara yang aman damai dan cantik..serta mempunyai perpaduan kaum yang amat kukuh..esok saya tidak terlibat dengan perbarisan..hanya menjadi urusetia untuk perbarisan tersebut..tak dapatlah saya nak tgk perbarisan di dalam tv..mm..so kepada semua rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia..selamat menyambut hari kemerdekaan..semoga kita semua memahami erti sebenar kemerdekaan ini..dan juga mengekalkan nikmatnya sampai bila-bila..yea..esok cuti...


me..lydia..3.25pm..pahang..malaysia.
Saya dilahirkan dengan pelbagai penyakit..Sejak dari kecil lagi saya menghidapi lelah,gastrik,resdung, dan sekarang doktor memberitahu bahawa tulang belakang sy bengkok yang menyebabkan sakit saraf..di mana semua saraf mudah terasa sakit..(saya mengetahui tulang itu bengkok pd thn 1999, ketika sy buat xray utk memasuki mrsm kopu)..Saya menulis cerita ini bukan utk menagih simpati..sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati saya dgn sesiapa yang membaca blog ini..Lelah yang teruk semenjak kecil meyebabkan saya tidak dpt aktif di dalam sukan di sekolah..ketika rakan2 sebaya mempelajari pelbagai sukan, saya sahaja yang tidak dapat merasanya..sehinggakan sekarang, saya hanya pandai bermain catur, dan badminton..bolehla sikit2..tapi badminton pun dah lama sy tinggalkan bila doktor menasihatkan sy supaya tdk terlalu aktif..Menghidapi gastrik menyebabkan saya terpaksa meminum susu tepung setiap pagi..dan juga pelbagai ubat2 kampung untuk penyakit resdung..sebut sahaja akar2 kayu..walau sepahit manapun terpaksalah saya minum..begitu juga dengan perubatan kampung..di mana sahaja ada org yang pandai pasti mak dan abah bawa saya pergi berubat..dan terpaksalah pantang..pantang bukan masalah bagi saya kerana sy mmg tdk makan makanan laut..saya selalu juga terfikir dan selalu merasakan teruk sgt penyakit saya..saya bukanlah kisah sgt pun..makan ubat dah menjadi rutin harian saya..apa yang saya kesalkan adalah apabila ada rakan2 yang memandang serong..apabila sy tdk dapat menyertai apa2 acara sukan, apabila sy tdk dpt mengikut aktiviti yang lasak, panjat gunung, camping, dan sebagainya..apabila mereka merasakan sy terlalu memanjakan diri saya..apabila mereka seolah2 mengejek saya setiap kali melihat saya makan ubat..saya dah byk kali mendengar cemuhan org yang kdg2 menyebabkan saya terasa ingin mereka merasanya sendiri sakit seperti saya..pergerakan terbatas..ibu dan abah risau jika saya ke mana2..bimbang akan anak mereka ni walaupun saya dah membawa segala jenis ubat saya..dah banyak juga air mata mengalir kerana kata2 rakan2 yang tidak memahami..bukannya sy sengaja tidak melibatkan diri, tapi badan sy tidak dapat menampung sakitnya..namun tak semua rakan begitu..ada yang memahami dan sentiasa mendoakan saya..hanya ucapan terima kasih untuk mereka kerana memahami..dan kini apabila usia sudah meningkat dewasa, perlahan2 penyakit tersebut telah pergi dari diri saya..Alhamdulillah..lelah boleh dikatakan sudah tiada..gastrik juga semakin berkurang..cuma yang masih terasa..sakit saraf..apabila sejuk..apabila mengangkat barang..even utk mendukung baby pun sy xlarat..resdung juga dah semakin tiada..kerana pada 28/08/2006, setahun yang lepas saya telah menjalani pembedahan untuk sakit resdung saya..untuk menjalani pembedahan sahaja bermacam2 kata yang saya dengar..tak perlulah..boleh berubat kampunglah..boleh makan ubat sahaja lah..tak perlu pembedahan semua tu..tapi saya kuatkan hati saya kerana sakit saya hanya saya yang merasa..dan mereka semua hanya memandang..dan mencemuh..tak kurang juga memberikan semangat dan doa..saya mengambil keputusan ini pun kerana dah pelbagai usaha dan ikhtiar saya lakukan so saya rasa apa salahnya saya mencuba..dan saya menjalani pembedahan tersebut diiringi doa famili dan rakan2 saya..dan sekarang setelah setahun pembedahan tersebut, saya merasakan semakin sihat..walaupun tidak sepenuhnya baik..sekurang2nya 80% sakit itu telah hilang..cuma saya terpaksa berulang alik ke HTAA untuk rawatan susulan..sekurang2nya..muka saya tidak lagi bengkak seperti dulu..Oh ya..saya juga menjalani pembedahan untuk sakit tonsil..lupa pula saya sakit tonsil..sakit tekak yang menyebabkan saya demam dan tidak dpt makan..so skrg dah tiada lagi tonsil kerana dah dibuang semasa pembedahan resdung..pembedahan yang mengambil masa 5 jam..so sekarang saya tidak lagi demam seperti dulu..sampaikan dua minggu sekali demam dengan hanya terpaksa makan bubur kerana sakit tekak..sehinggakan tiada suara yang keluar..semua itu sudah tiada..dan saya masih lagi teringat ketika saya dimasukkan di wad..saya diletakkan berhampiran katil pesakit2 yang menghidapi kanser..pelbagai kanser..dan ketika itulah saya menyedari bahawa penyakit saya hanyalah sedikit sahaja berbanding mereka..ketika itulah saya menyedari betapa ramai lagi org lain yang lebih menderita dan lebih sakit daripada saya..maka buat sesiapa jua yang membaca kisah saya ini..dan yang mungkin juga mengalami keadaan seperti saya..ingatlah bahawa masih ramai orang yang lebih sakit dan lebih menderita dari kita..semua itu ujian Allah dan pasti ada rahmat yang dianugerahkan untuk kita sekarang..ataupun di masa akan datang.. (",)
Aku tidak pernah terniat..
Untuk menyakitkan hatimu..
Kerna ku pernah merasakan..
Terlukanya perasaan..

Aku tidak pernah meminta...
Untuk memilih yang terbaik..
Hanya ku menginginkan yang terbaik untuk dirimu..

Aku tidak pernah menyangka..
Akan menghampakan hatimu..
Kerna aku tidak pernah menduga..
Serapuh ini hatiku..

Aku tidak pernah TERNIAT..
Aku tidak pernah MEMINTA..
Aku tidak pernah MENYANGKA..
Cuma aku hanya pernah MENYINTA..
Dan ku hanya akan pernah MEMOHON..
Moga kau memahami..
Moga kau mengerti..
Dan semoga dapat memaafi..

Aku hanya akan sentiasa meminta..
Moga kau mendapat yang terbaik..
Kerna yang terbaik itu bukanlah diriku..


----> Buat insan yang mungkin pernah kulukakan hatinya..ku mohonkan kemaafan..dan
kudoakan kebahagianmu..
Baru je buat blog, dah tak de masa pun utk sy update blog ni...byk sgt kerja 2 3 hari ni..and starting esok till this sunday..ada pesta pantai kat rompin ni..so terpaksalah kami yg masih bujang ni kene menjaga pameran Pej. Daerah & Tanah Rompin ni..so..nampaknya tak sempat la saya nak update blog ni utk this week..Till meet again next time..
Kau Ku Sayang...

Kau tersenyum..
Ku terpaku..
Cahaya di wajahmu hanyalah untukku..
Sinaran matamu menusuk di kalbu..
Tak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman..
Lalu hati pun berkata segala untukmu..
Suatu masa nanti..
Pastikan temui..
Tabahkanlah hati jangan lupakan Illahi..
Akan tiba bahagia tak mungkin sendirian..
Terhurai dalam lagu berkumandang..
Dibuai dalam mimpi KAU KU SAYANG....


--saya pun tak tau kenapa saya suka sangat dgn lagu ni..tapi lagu ni byk mengajar erti kesabaran..lirik dan melodi yang sgt simple tapi dengan suara yg merdu memang membuatkan lagu ni sgt menarik utk didengar..
Hai..i'm new here..baru mencuba utk menulis..
xtau nak tulis ape..but i'll try..harap akan dapat menulis dgn baik..kerana sesungguhnya amat meminati bidang penulisan ini..tapi dah lama xmenulis selepas habis sekolah dulu..

p/s : thanks to my friend, Fizah..coz dah ramai yang meminta saya menulis..but..akhirnya dengan doronganmu teman..akhirnya sy akan menulis semula..