Hari ni seperti biasa...sampai saja di office saya akan baca paper...mcm2 cerita di tanah air sekarang ni..pening rasanya baca cerita2 ni..melihatkan banyak cerita mengenai pergolakan politik tanahair ketika ini membuatkan saya teringatkan bapa saudara saya..selalunya kalau ada hot isues macam ni memang saya seronok dengar cerita dari mulutnya..nampaknya this weekend kena pegi kuantan tgk dia..huhu..maklumlah saya kan peminat politik..oklah..saya pun xnak bercerita apa2 pasal politik, xde org nak dengar pun..tunggu dan lihat apa yang berlaku...
Memandangkan saya kurang sibuk selepas kerja-kerja yang bertimbun2 tu selesai...saya meluangkan masa menjenguk ke blog rakan2 yang lain...dan saya terjumpa sesuatu di blog milik kak amelia..mm...memang agak menarik saya membacanya..tersentuh hati saya sebenarnya..Sebabnya kisah tu juga adalah kisah saya..dilema orang2 seperti saya..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebenarnya saya xsedar saya di tagged..huhu..bukan seorang tapi 2 orang rakan saya rupanya...cik mala dan cik adila dah tagged saya...so kene la jawab..sorry guys...busy..baru balik dari kelas...
1. Do you think you are HOT?
Mana ada HOT nya...sejuk ni tgh demam...
2. Upload you fav pic.
3. Why do you like this picture?
mm..well..sebenarnya banyak gak gambar dlm laptop ni..but..finally i choose this one..this is not my birthday cake..kek ni anak sepupu saya punya for her birthday..yg birthday girl nye yg besar tu...yg tepi2 tu for her siblings..but.. i do love the cake...so sweet...
4. When was the last time u ate pizza?
mm...i don't know la ..lupa...sebabnya saya kurang suka la makan pizza..rasanya adalah berbulan2 yg lepas..tu pun org belanja...mkn je laa...:)
5. The last song u listen to?
Cantik...lagu indon..dah lama..but i love it..saya pun teringatkan lagu ni bila dengar satu lagu baru2 ni...
6. What are you doing right now besides this?
melipat bil cukai tanah yang menggunung di atas mejaku ini...huhu..ngantuklaa...
7. What name u prefer besides yours?
mm...tasha, daniel and aireen..my lovely kids..my sweethearts..;)
8. People I tag:
1) Cik Ima
2) Cik Ejan
3) Puan Amelia Wong Azman
4) Cik Fizz (dah di tagged oleh mala dan along..tapi xjawab lagi)
5) Cik Rahafza (juga dah di tagged dan belum jawab lagi)
9. Who is No.1?
My classmate right now..org jelebu nogori sombilan..everytime saya pegi kelas saya akan check in dgn dia la..seorang yang baik hati..seronok berkawan dengan dia:)
10. No.3 is having a relationship with?
mm..she is married to brother yasir..actually dah bertahun tak jumpa ngan dia..her husband saya xpernah jumpa..and right now she is happy with her yabby and baby Insyirah..
11. Say something about No.5
She is going married this march..and IsyaAllah i'll be there on her wedding day..
12. How about No.4
My classmate masa di kota Putra dulu..sangat rajin ini olang..huhu..dah jadi lecturer kt salah sebuah universiti kat Pahang ni...walaupun duk satu negeri dah hampir 10 tahun kami xberjumpa..dia lah puncanya saya terlibat dlm arena blog ni..huhu..:)
13. Who is No.2?
Yang ni lak my friend..satu kampung...dia skrg dh keje jadi nurse di selangor..last jumpa masa dia balik raya..maklumlah masing2 bz kan...:)
me..lydia..pahang..malaysia..
- semoga dipanjangkan umur
- semoga dimurahkan rezeki
- semoga dikurniakan kesihatan
- semoga dipermudahkan semua urusan
- semoga dirahmati Allah sentiasa
rasanya..semua wish tu biasalah untuk orang-orang lain pun..apapun selain wish di atas..saya berharap semoga Allah akan temukan saya dengan seseorang yang dapat melengkapkan hidup saya, yang mampu membahagiakan saya dan menggembirakan hati ibu dan bapa saya, yang menyayangi saya sepertimana saya menyayanginya, menerima saya seadanya sepertimana saya menerimanya..memahami saya sepertimana saya memahaminya..
mak saya cakap..semoga saya akan kahwin pada tahun ini..adus..sayunya hati bila dengar harapan ibu bapa mcm tu..apa boleh buat, kalau ditakdirkan Allah jodoh saya dah sampai, saya tetap akan penuhi impian ibu saya..apapun saya dah cukup bersyukur dengan kehidupan saya sekarang..buat semua kawan2 yang wish utk birthday saya..thank u so much..may Allah bless us always..
~Harga seseorang itu adalah ilmu pengetahuannya~
~Ali Abi Thalib~
me..lydia..pahang..malaysia..
Saya sangat sibuk semenjak beberapa minggu yang lepas..menyiapkan assignment, kerja, dan juga study untuk exam mid term....exam mid term dah lepas, assignment dah hantar, tinggal sikit je lagi...so..hari ni baru ada masa nak update blog..kali ni saya ingin berbicara tentang cinta..chewah..
Mencintai dan dicintai...Kedua2nya memberikan makna yang mendalam bagi orang yang mengalaminya..kedua2nya memberikan perasaan yang berbeza kepada orang yang merasainya..Kata orang kalau hendak bercinta, pilihlah orang yang mencintai kita lebih dari kita mencintainya..pada saya perkara ini ada benarnya..tapi itu bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan ditinggalkan oleh orang yang betul-betul menyayangi kita..
For me, apabila kita meletakkan hati kepada seseorang, kita juga harus bersedia untuk dia melukakan hati kita..kenapa begitu ya..kerana perpisahan itu boleh terjadi dengan pelbagai sebab dan cara, juga pada bila-bila masa sahaja..hati manusia ni sekelip mata je boleh berubah...kalau bukan hati kita yang berubah, mungkin pasangan kita yang akan berubah..so rasanya bila dah bercinta tu, memanglah kita mungkin akan menempuhi perpisahan..tapi ada juga yang berjaya bersama hingga ke akhir hayat..
Di dalam percintaan juga seharusnya tiada paksaan.. Saya rasa cinta yang wujud akibat paksaan ini tidak akan kekal lama..Samaada kita memaksa hati untuk menyayangi orang lain ataupun memaksa orang lain untuk menyayangi kita..Pada saya, jika sememangnya tidak wujud rasa sayang kita pada seseorang, lebih baik berterus-terang...dari membiarkan masa berlalu, lebih baik rasanya semua tu diluahkan secepat mungkin..semakin lama kita mengambil masa untuk berterus-terang, semakin dalam luka orang yang dikecewakan nanti..
Saya menulis di atas pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling...walau bagaimanapun pengalaman yang kita semua rasakan, semuanya itu mengajar kita menjadi lebih matang lagi..apapun cinta yang paling utama pastinya kepada Allah S.W.T..namun begitu, sudah lumrah dunia, setiap insan yang bernyawa pastinya inginkan seseorang di sisi mereka..walau sedalam manapun luka yang pernah dirasakan, pasti akan tiba saatnya luka itu disembuhkan oleh pasangan yang telah diciptakan untuk kita..semoga setiap seorang dari kita akan terus berbahagia dengan rasa cinta yang mendalam untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..dan juga semoga kekecewaan hari ini akan memberikan kebahagiaan untuk hari esok..
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
Alhamdulillah..saya sempat menyaksikan fenomena yang unik ini di depan mata saya sendiri..Subhanallah..memang cantik..nampak macam bulan tu senyum kat kita..Besarnya Kekuasaan Allah S.W.T..gambar ni saya ambil dari dalam akhbar Berita Harian..masa tengok tu cuba gak ambil gambar..tapi x berapa clear mcm gambar ni..cantik sgt..xdapat digambarkan rasanya..kalau ikutkan keterangan dlm akhbar tu..bintang yg di atas bulan tersebut adalah Planet Musytari dan Zuhrah..Kejadian ni berlaku 5 tahun sekali..so 5 tahun dari sekarang InsyaAllah kalau masih ada bolehlah tgk lagi..:)




