Saya sangat sibuk semenjak beberapa minggu yang lepas..menyiapkan assignment, kerja, dan juga study untuk exam mid term....exam mid term dah lepas, assignment dah hantar, tinggal sikit je lagi...so..hari ni baru ada masa nak update blog..kali ni saya ingin berbicara tentang cinta..chewah..
Mencintai dan dicintai...Kedua2nya memberikan makna yang mendalam bagi orang yang mengalaminya..kedua2nya memberikan perasaan yang berbeza kepada orang yang merasainya..Kata orang kalau hendak bercinta, pilihlah orang yang mencintai kita lebih dari kita mencintainya..pada saya perkara ini ada benarnya..tapi itu bukanlah satu jaminan yang kita tidak akan ditinggalkan oleh orang yang betul-betul menyayangi kita..
For me, apabila kita meletakkan hati kepada seseorang, kita juga harus bersedia untuk dia melukakan hati kita..kenapa begitu ya..kerana perpisahan itu boleh terjadi dengan pelbagai sebab dan cara, juga pada bila-bila masa sahaja..hati manusia ni sekelip mata je boleh berubah...kalau bukan hati kita yang berubah, mungkin pasangan kita yang akan berubah..so rasanya bila dah bercinta tu, memanglah kita mungkin akan menempuhi perpisahan..tapi ada juga yang berjaya bersama hingga ke akhir hayat..
Di dalam percintaan juga seharusnya tiada paksaan.. Saya rasa cinta yang wujud akibat paksaan ini tidak akan kekal lama..Samaada kita memaksa hati untuk menyayangi orang lain ataupun memaksa orang lain untuk menyayangi kita..Pada saya, jika sememangnya tidak wujud rasa sayang kita pada seseorang, lebih baik berterus-terang...dari membiarkan masa berlalu, lebih baik rasanya semua tu diluahkan secepat mungkin..semakin lama kita mengambil masa untuk berterus-terang, semakin dalam luka orang yang dikecewakan nanti..
Saya menulis di atas pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan di sekeliling...walau bagaimanapun pengalaman yang kita semua rasakan, semuanya itu mengajar kita menjadi lebih matang lagi..apapun cinta yang paling utama pastinya kepada Allah S.W.T..namun begitu, sudah lumrah dunia, setiap insan yang bernyawa pastinya inginkan seseorang di sisi mereka..walau sedalam manapun luka yang pernah dirasakan, pasti akan tiba saatnya luka itu disembuhkan oleh pasangan yang telah diciptakan untuk kita..semoga setiap seorang dari kita akan terus berbahagia dengan rasa cinta yang mendalam untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..dan juga semoga kekecewaan hari ini akan memberikan kebahagiaan untuk hari esok..
me..lydia..pahang..malaysia..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
Alhamdulillah..saya sempat menyaksikan fenomena yang unik ini di depan mata saya sendiri..Subhanallah..memang cantik..nampak macam bulan tu senyum kat kita..Besarnya Kekuasaan Allah S.W.T..gambar ni saya ambil dari dalam akhbar Berita Harian..masa tengok tu cuba gak ambil gambar..tapi x berapa clear mcm gambar ni..cantik sgt..xdapat digambarkan rasanya..kalau ikutkan keterangan dlm akhbar tu..bintang yg di atas bulan tersebut adalah Planet Musytari dan Zuhrah..Kejadian ni berlaku 5 tahun sekali..so 5 tahun dari sekarang InsyaAllah kalau masih ada bolehlah tgk lagi..:)
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, saya memohon kemaafan andainya coretan saya ini melukakan hati sesiapa...bukan untuk membanggakan diri saya..namun hanyalah untuk saling mengingati diri saya terutamanya dan juga teman-teman..Saya ingin memberikan satu situasi..begini..katakan ada sekumpulan wanita sedang berkumpul, seramai 6 orang..4 daripadanya adalah isteri orang sementara yang 2 lagi belum berkahwin..di satu sudut yang lain pula ada seorang lagi gadis sedang duduk di mejanya membuat kerja sendiri tanpa memperdulikan kumpulan perbincangan tersebut..ok..sekarang saya ingin menceritakan pula apa yang sedang diceritakan oleh kumpulan tersebut..mereka sedang bercerita mengenai cerita 18sx..rasanya anda semua faham apa yang saya nyatakan..bukan itu sahaja, isteri2 orang tersebut bercerita mengenai 'kisah hubungan' dengan suami mereka..gadis tersebut tidak masuk campur di dalam perbincangan mereka..oleh sebab itu si gadis dikatakan sombong dan tidak mahu bercampur..dan lebih teruk lagi...si gadis dikatakan sombong kerana belajar tinggi, dan tidak mahu bercampur dengan mereka...persoalan saya sekarang..apakah salah perkara yang dilakukan oleh gadis tersebut???apakah salah sekiranya gadis tersebut tidak ingin mendengar kisah2 alam rumahtangga yang diceritakan itu???sebenarnya apa yang saya ceritakan itu adalah kisah saya..dan inilah dilema yang sedang saya hadapi di tempat kerja saya sekarang..hanya kerana tidak mahu campur di dalam perkara2 sedemikian, saya dilabel dengan bermacam perkataan..saya sendiri tidak faham dan tidak tahu mana satu yang harus saya buat...pertahankan pendirian saya ataupun join mereka supaya tidak lagi dikatakan sombong..saya juga tidak mengerti mengapa isteri2 orang tersebut boleh bercerita mengenai kisah mereka sedangkan semua itu berdosa..apakah mereka tidak tahu ataupun sudah menjadi kebiasaannya mereka begitu??bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa..malahan saya juga sebenarnya kurang gemar untuk menyiarkan kisah sebegini di dalam blog saya ini..bukan juga nak menunjuk alim..sekadar meluahkan rasa hati kerana apa yang berlaku sebenarnya agak mengganggu kehidupan saya..mengganggu emosi saya..mencuit hati saya..ada hari2 nya saya menangis mengenangkan apa yang sedang berlaku..ada hari2 nya pula saya boleh bersikap seperti tiada apa yang berlaku..namun demikian, saya seorang wanita yang sangat beremosi..maka kadangkala saya tidak dapat berfikiran dengan matang dalam menghadapi semua ini...dipulaukan oleh rakan2 sekerja hanya kerana tidak mahu mendengar cerita2 yang tidak sepatutnya..namun demikian saya tahu...saya harus pertahankan pendirian saya..saya harus pekakkan sahaja telinga dan terus membuat kerja saya..kerana saya pasti ini hanyalah keadaan sementara sahaja..dan saya berdoa semoga Allah senatiasa memberikan hidayah untuk kita semua...Wallahuallam.. :) Oh ya..saya juga teringat petikan sajak yang saya ambil dari seorang rakan lama saya..memang mendalam maksudnya..
It takes courage
To refrain from gossip
When others delight in it,
To stand up for the absent person
Who is being abused.
Saya terjumpa satu artikel yang saya rasa meruntun jiwa saya ketika membacanya...
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahqwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…
me..lydia..pahang..malaysia..
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kekuatan..
seperti mana telah Kau berikan...
kepada kekasih Mu yang Satu..
tika Beliau dihujani kebencian..
Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon...
berikan daku ketabahan hati dan perasaan..
sepertimana yang Dikau berikan...
kepada para wali Mu yang berjuang..
menyebarkan kebenaran...
Tuhanku,
kepada Mu ku bermohon..
berikan daku kecekalan menahan sindiran..
sepertimana yang Dikau berikan..
kepada mereka yang sentiasa tersenyum dalam kepahitan...
Dan tuhanku,
hanya kepada Mu ku bermohon...
Kau berikan daku kekuatan, ketabahan dan kecekalan...
dalam menempuhi hidup yang penuh ujian...
Juga ku merayu kepada Mu ya tuhanku..
moga daku bisa mengurangi gugurnya air mataku ini...
kerna menangisi nasib diri..
namun moga daku bisa menangisi...
akan kerdilnya diriku di sisi Mu..
gambar penulis sedang posing dekat meja yang penuh kuih raya.. :)
satay yang best..nyam..nyam...
aneka jenis kuih raya..
Ini ialah BISKUT DALTIN..saje je promote sebab ramai gak yang xkenal biskut ni...
yang ni lak memang nak promote...kuih raya yang dibawa khas dari rumah penulis..hehehe..
akhir sekali..pencuci mulut...
opps...ada lagi..'anak-anakku' posing di pagi raya..tiada kaitan dengan cerita di atas..
* Jam tangan yang pertama di cipta oleh Loius Cartier pada tahun 1904.
* Sesebuah lautan yang mempunyai kedalaman 6000 meter mempunyai risiko untuk
membentuk tsunami tanpa sebarang isyarat dengan kelajuan 800 km per jam.
* Permainan yoyo diperkenalkan oleh Donald F.Duncan pada tahun 1929, ianya diilhamkan
daripada senjata yang digunakan oleh golongan pemburu di Filipina pada abad ke 16.
* Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 juta bakteria didalam
setitik air.
* Lagenda tinju dunia Muhammad Ali atau nama sebanar nya Cassius Clay pernah beraksi di
Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1 Julai 1975 menentang juara eropah Joe Bugner buat
pertama kali nya.
* Terdapat 20,000 jenih lebah, tetapi hanya 4 spesis daripadanya yang menghasilkan madu.
* Secara purata nya lalat terbang pada kelajuan 4 batu sejam.
* Gunting yang kita gunakan pada hari ini adalah ciptaan Leonardo Da Vinci.
* Pasangan adik-beradik, Razif dan Jailani Sidek merupakn pemenang pingat Olimpik pertama
negara apabila berjaya meraih pingat gangsa pada tahun 1992 di Barcelona.
* World Cup 1930 diadakan di Uruguay, negara tersebut dinobatkan sebagai juara apabila
berjaya menewaskan Argentina, 4-2 pada perlawanan akhir selepas ketinggalan 2-1 pada
separuh masa pertama.Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para
penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.
* Benda yang sentiasa dibawa oleh Napoleon semasa kempen ketenteraannya ialah
coklat.
* Aktiviti penulisan dan lukisan oleh Leonarda Da Vinci menggunakan tangan yang berbeza
untuk kedua-dua aktiviti tersebut serentak.
* Seekor gajah mampu menghidu bau buah yang masak ranum sejauh 20 kilometer.
* Semasa kematian Alexandar Graham Bell pada tahun 1922, perkhidmatan telefon bagi negara
Amerika dan Kanada telah dihentikan selama satu minit.
* Tiram boleh menggubah jantinanya sendiri bergantung kepada apa yang terbaik untuk proses
mengawan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba saya ucapkan untuk semua kawan2..mohon dihalalkan segalanya..mohon dimaafkan salah dan silap...semoga lebaran yang akan tiba ini membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kita semua hendaknya...Selamat Hari Raya semua!..oh ya..kalau rasa nak hulur2 duit raya tu amatlah di alu-alukan..hehe..:))
me..lydia..pahang..malaysia..
Hadiah 1
Saya sukakan handbag dan juga kasut..huhu..so..kalau ada sapa2 rasa nk bagi saya hadiah, bolehla bagi handbag dan juga kasut..so far..koleksi kasut dan sandals saya memang banyakla..handbag tak berapa byk sgt..kasut/sandals...huhu..kalau saya nk beli lagi..abah dah sound suruh beli almari kasutnya skali...
Saya sukakan bunga...rasanya semua wanita pun sukakan bunga kot...tak tahulah kalau ada yang xsuka bunga...saya memang suka sgt dgn bunga2 ni...especially bunga ros dan tulip...sebab bunga2 ni ada banyak warna..so..sapa2 nak bagi hadiah kat saya..bolehla bagi bunga yaaa....
That's it...fuh..punyalah lama nak berfikir kan...rasa nk gak fikir kan hadiah yang mahal2..tapi saya ni orangnya jenis yang bila duit kat tangan baru pegi tgk apa yang nak dibeli..xde target2..kalau rasa cantik terus beli...so..mmg sy xde target la sy nak apa buat masa sekarang..tapi barang2 di atas adalah antara kegemaran saya..:)
2. Ima
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
wah..sedar tak sedar sebulan lebih saya tak update blog saya ni...apa dah jadi ni...bukan setakat tak update blog...malahan saya langsung tak berpeluang untuk menjenguk ke blog rakan2 yang lain..:(...huhu...sedihnya...
walaupun blog saya ni tidaklah seglamour mana..namun begitu ada jugak yang menanyakan saya kenapa sudah lama tak update...ahaak..terima kasih kepada yang bertanya..:)..huhu..so..apa yang menyebabkan saya tidak sempat untuk update blog ialah:
So..apa yang saya nak ceritakan di sini ialah...kesibukan dan keseronokan saya menguruskan satu majlis baru2 ini..kerana sibuk menguruskan majlis tersebut..maka sedikit sebanyak kegemaran saya terpaksa saya kurangkan buat sementara waktu..seperti kurang membaca novel..kurang main computer games..dan kurang menulis blog..oh ya...juga kurang melayan anak2 buah bermain..wah..anak buah pun pandai komplen...saya sayik tiada di rumah bila mereka datang..huhu..apa tidaknya...saya terlalu sibuk dengan kelas dan hampir setiap hujung minggu saya terpaksa ke kl untuk ke kelas dan juga ke majlis saya...
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
Dalalm kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.
Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.
Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.
Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.
Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.
p/s..selamat hari ibu buat ibu tersayang dan juga semua ibu2 dan juga bakal2 ibu..khas untuk Kak Noor..Happy Mother's Day..mesti dah lain kan tahun ni sebab ada Insyirah.. :)
Tagged by: Amelia Wong Binti Azman
The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.
This one is same with u kak Elly...i love cats a lot...right now...rasanya ada 11 ekor kot my cats...xpasti la jumlah yang tepat...pasalnya my cats semua abah dah letakkan di kebun sawit die..di mana terdapat pondok untuk mereka berteduh...and me as their 'mom' dah lama x ke kebun..cume membekalkan makanan yang secukupnya dan everyday my beloved abah akan hantar ke kebun die huhu...(cats kene pindah ke kebun sebab my whole family xsuke sgt dgn kucing2 ni..sedih..)
Fact 2..
Fact 4..
Fact 5..
Lagi satu fact pasal makan...saya tidak gemar makan chocolate bar..bukan xmakan langsung but bukan my favourite la chocolate macam cadbury ke..but..i love makanan2 yang diperbuat dari chocolate..especially chocolate ice cream..yummy..my fav tu..chocolate cake..cookies..and etc yang mempunyai campuran chocolate di dalamnya..huhu..pelik sungguh seleraku ini...
Fact 6..
Saya suka menonton cerita kartun..especially doraemon and pingu..kartun2 yg comel2 la..mcm bob the builder ker..tom n jerry..pooh..saya suka baca komik2 kartun..tentunya doraemon..dan juga saya lebih suka membaca majalah kartun seperti UJANG daripada majalah2 hiburan...my mom selalu cakap..dah besar pun kalau tengok tv still mengadap kartun je..hehe..mmg selalunya tidak ketinggalan cerita kartun DORAEMON ku itu..
Ketika saya tidur pasti tidak akan lengkap tanpa selimut..biasanya saya akan berselimut rapi..walaupun di tengahari..seringkali mak tersalah sangka ingatkan saya demam..but lama2 die perasanlah akan habit anak dara die yang seorang ni..memang kalau saya tidur wajib ada selimut!kalau tak susah sikit nak tido..
Fact 8..
I'm not very good in math and also art...saya lebih pandai dalam bidang sains dan bahasa..huhu...saya lebih gemarkan bahasa sastera yang berbunga2..sajak..and etc..dalam banyak2 koleksi novel saya pun masih ada juga buku2 sastera..saya juga sukakan bahan bacaan yang berunsurkan sejarah..memang suka sangat2..tak dapatlah dijelaskan sebab dan munasababnya..
That's it..8 facts..huhu..apesal macam banyak pasal makanan..whateverla..saya memang suka masak dan suka makan pun..rasa2 macam ada lagi tapi nak 8 je kan..so..ni la masa yang menyeronokkan...time mengenakan orang..tapi kan..selepas dicongak2 dan ditolak dan ditambah..ramai yang dah buat la tag ni..so hanyalah tinggal 2 orang je yg saya boleh tag..huhu...aci la ek kak elly..orang2 yang bertuah adalah:
Dah lama juga mendiamkan diri dari blog rupanya..seketika terdetik di hati untuk menulis berkaitan perkara ini..memandangkan pelbagai perkara yang sering terjadi di sekeliling, saya merasakan perlunya muhasabbah diri sendiri di dalam menjalani kehidupan seharian..
Sesungguhnya memang benar hidup ini diibaratkan seperti roda..sebentar kita di atas dan seketika pula kita akan berada di bawah..untuk itu kita mesti sering mengingatkan dan menginsafkan diri kita dengan setiap keadaan dan perbuatan yang sering kita lakukan..
Selalu kita mendengar cerita2 mengenai orang yang sering berada di tahap yang selesa di dalam kehidupan tetapi dalam sekelip mata juga boleh menjadi daif dan sebagainya..begitu juga kita sering terdengar mengenai orang2 yang miskin dan menjadi kaya dengan tiba2..di sini mengingatkan saya akan cerita Ahmad Albab olahan seniman agung kita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..kisah yang menunjukkan contoh mengenai perkara di atas di mana si miskin berubah menjadi kaya dengan tiba2..
Namun begitu segala sesuatu yang berlaku adalah qada' dan qadar-Nya..justeru itu kita sebagai umat Islam seharusnya redha dan tabah di atas segala ketentuan-Nya..sering kali kita merasakan bahawa kita tidak layak mendapat seperti apa yang ditetapkan kerana merasakan semua itu tidak berbaloi..namun sesungguhnya kita tidak mengetahui segala apa yang tersirat di sebalik yang tersurat..maka dengan itu kita harus sentiasa redha dan sabar dia atas segala sesuatu..
Walau apapun yang sedang berlaku dan akan berlaku...kita sememangnya harus sedar dan akur dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh-Nya..Sebagai individu yang mengakui sebagai umat Nabi Muhammad kita memang harus sentiasa bersedia dengan segala dugaan dari tuhan pencpita alam..Akhir kata sesungguhnya Hidup Ini Umpama Roda..justeru itu kita harus senantiasa bersedia akan segala keadaan yang akan sentiasa berubah di dalam kehidupan kita samada perkara gembira yang bakal mendatang mahupun perkhabaran yang kurang baik akan menghampiri kita..wallahualam..
me..lydia..pahang..malaysia..
What Lydia Means |
You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily. Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is. You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in. You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising. You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care. You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row. You are powerful and competent, especially in the workplace. People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality. You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing. You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long. You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start. You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality. |
Purnama Merindu
Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar lakonan
Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku
Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk
Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu